bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Jan 2012

Liwat II : Lebih 5 Ribu Penyokong Anwar Hadir di Kompleks Mahkamah!!!



Foto: Malaysiakini.

 

2012/01/09

KUALA LUMPUR: Jumlah penyokong yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi mengikuti keputusan kes tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mencecah 5,000 dengan keadaan masih terkawal.

Kebanyakan mereka adalah penyokong Anwar yang berkumpul sejak awal subuh tadi. Mahkamah dijangka bersidang jam 9 pagi ini bagi memberi keputusan kes membabitkan Anwar dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.


KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi mendengar keputusan kes liwat membabitkan beliau, hari ini. - Foto Yazit Razai. Jan 9, 2012 9:12 am

 
ANGGOTA polis mengawal keadaan di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Jan 9, 2012 9:13 am




No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3