bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Oct 2010

Pas - Calon Orang Asli Menunggu Ku Li di Galas??? Siapa Hina Siapa???

DUN Galas: PAS mungkin letak Orang Asli jika Ku Li tanding

October 09, 2010
KUALA TERENGGANU, 9 Okt – PAS tidak menolak kemungkinan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyatakan kemungkinan itu sekiranya Umno meletakkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Dun itu.
Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS berkata demikian pada majlis dialog di sini malam tadi yang turut dihadiri seorang lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Daripada keseluruhan 11,000 pengundi di DUN Galas, lebih 1,700 daripadanya adalah Orang Asli.


Komen Isac;

TG Nik Aziz kata jika Umno/BN meletakkan Ku Li untuk bertanding di PRK Dun Galas, ia seolah-olah merendah-rendahkan "martabat" pemimpin veteran, bekas Menteri Kewangan berdarah bangsawan yang hampir menjawat jawatan PM negara suatu ketika dahulu.

Tiba-tiba salah seorang di antara anak buah kesayangan TG Nik Aziz ini "mengugut" untuk menyediakan seorang calon daripada kalangan orang asli untuk melawan Ku Li. Bukannya mahu memandang rendah kepada kalangan kaum orang asli, tetapi dalam agamapun ada mencadangkan agar kalau mahu berkahwinpun biarlah "sekufu". Jika kenyataan TG Nik Aziz sebelum ini benar-benar ikhlas, beliau juga pastinya tiadak akan bersetuju dengan cadangan Husam dan Nizar ini.

Berpolitik....berpolitik juga tetapi air muka dan maruah orang juga perlulah dipelihara dan dihormati...

Adakah mereka dari kalangan jurutera (mereka yang "bertitle" Ir.) sememangnya "dangkal" dalam bab-bab berbudi-bahasa??? Bab protokol??? Jika dilihatkan kepada cara DS Ir. Nizar dan YB Khalid berpolitik, rasanya pandangan penulis tidaklah keterlaluan, memang mereka ni agak "gila-gila bahasa".

Mungkin itulah juga sebabnya mengapa penulis tidak menceburkan diri dalam politik.... :)

11 comments:

  1. Kalaulah Ajis anak jantan kita letak saja musang hasang atau Ajis di galas habis cerita. Jangan nanti kalah kata menang pun kerana calon PAS kalangan orang asli. PAS memang cuba putar alam dan mereka ini putar belit dan penipu besar dan cakap tak boleh pakai seduit. Kerja mereka cuba andu domba dan kalau boleh jatuhkan martabat dan maruah orang, itulah kerja mereka. Kita lihat kepala penyajak nizar tak guna banyak habis beras bila pimpin peraak. Seorang yang sangat licik dan hati batuu serta cukup licik dalam menjatuh ketuanan melayu.

    Kalau tak berani jangan habis duit rakyat dan mengaku kalah dan serah saje pada BN habis cerita kerana masa menunggu PRU 13 semakin menghampiri. aPAPUN pas PERLU MUHASABAH DIRI KERANA PERJUANGAN MEREKA KINI TERLALU JAUH HANYUT MENYIMPANG DARIPADA LANDASAN PERJUANGAN ASAL KETURUNANNYA.

    Kini perjungan PAS adalah bersumberkan kuasa, wang, pengaruh, retorik pentingkan duniawi dan kepentingan keluarga semata-mata. Bagi mereka islam dibiarkan purak peranda dan melayu dibiarkan hanyut ditelan zaman asalkan apa yang dihajati tercapai. kalau dulu berdalangkan HUDUD. Kini hudud mereka tentang fahaman komunis kini diterima malah yang lebih memalukan pertahanan kepada Anwar Ibrahim. Kini PAS bermatian-matian pertahankan tahkta berlawanan tabii kehidupan manusia.

    Tak hirau rakyat sengsara dan menderita asalkan mereka hidup mewah kereta berjenama dan duit berjutaan ringgit malah bagunan persendirian bersergam indah dan keluarga diutamakan.

    ReplyDelete
  2. PAS hina orang asli.. sebab PAS sedar orang asli kat sana masih lagi minoriti dan sukar menang..

    PAS mempergunakan orang asli menanggung kekalahan besar.. orang asli jadi bahan mainan taruhan PAS shj.. tak lebih dari tu

    ReplyDelete
  3. Tahniah , ini merupakan kemenangan moral untuk PIS (PArti Islam Semalaysia) atau PAS (Parti Asutan Semalaysia)apabila mencalunkan orang 'Asli' menjadi calon Galas. Yang penting 1700 undi dah tentu dalam tangan PIS. Yang penting Menang.. lepas tunggu tunggu saje pRU13
    Tetapi yang pelik nya kenapa 'orang asli'?
    betul juga juga mana ada TONIK percaya kepada Melayu sebab Pekasa dok tunggu.

    Untuk BN tak payah lah letak Ku LI jadi calun Galas.. tetapi biar Ku LI tunjukkan siapa calun di Galas juga yang bakal menggegarkan Gua Musang. Dengan kredibilti Ku Li BN pasti menang.

    ReplyDelete
  4. Mari lah sama-sama kita berfikir, begitu la sikap PAS. Kononnya PAS itu Islamnya sangat lebih dari UMNO. Tapi cara berfikir, cara bercakap, cara berceramah sangat memalukan.Semua pemimpin PAS sama saja samada yang berserban, berjubah atau tidak, nada bercakap,fikiran lebih kurang sama saja...memalukan...

    ReplyDelete
  5. Isac, sebenarnya ini bukan isu menghina Ku Li, hakikat sebenarnya PAS teramat takut kalau Ku Li jadi calon.... jadi Pengarah PRK pun mereka dah ketar lutut....

    ReplyDelete
  6. PAS menghina kaum minoriti org Asli di seluruh negara kenapa baru sekarang pas mahu letak calun org asli digalas sudah 20tahun perintah kelantan sudah 12 kali PRU kenapa PRU lepas tiada satu pun kaum org asli diletakan sebagai calun kenapa sekarang kaum org asli harus persoalkan balik kenapa baru sekarang teringat kat org Asli adakah org Asli digalas mahupun seluruh kelantan untuk dimalukan dan ditertawakan olih puak puak pas yg tak reti bahasa dan bodoh dari segi kaum sedangkan org asli digalas tak ramai pun kenapa harus letak calun dari kaum org asli yg lebeh berbudi bahasa dari puak puak pas semasti nya kaum org Asli akan menolak nya bulat bulat org Asli tak bodoh macam puak puak pas mereka pun tahu 20tahun perintah mereka masih ketinggalan jauh inikan mahu letak calun mereka untuk bertanding PRK dun galas gila tak gila nama nya puak puak pas memang sudah GILA.

    ReplyDelete
  7. Dulu PRK Batang 'AI' serawak HJ Hadi menghina kaum dayak sekarang menghina kaum org asli pula jangan lah dihina kaum minoriti ikut ikut mereka lebeh bijak dari puak puak pas walau mereka tak dapat pembelaan dikelantan tapi mereka tetap menjalankan penghidupan seharian dengan penuh didikasi tak macam puak puak pas menghina org tanpa rasa kasian aku cabar pas PRU 13 kaum orsg Asli harus dicalunkan baik didun mahu pun diparlimen kalau betul betul mahu dicalunkan org asli sebagai calun jangan kerana takut kalah digalas buat alasan pada kaum org Asli di galas harus berhati hati dengan puak puak pas ni mereka tak akan membela nasib org asli dikelanatn sedang kaum kaum lain pun masih ramai yg miskin di kelantan pada UMNO BN yg akan membela kamu.

    ReplyDelete
  8. Kalau PAS tu dah terdesak sangat, letak jer BINI Nik Najis! Pastu buat "fatwa" sapa yg tak undi bini si Najis akan masuk neraka...dasar bangsa PAS terdesak!

    ReplyDelete
  9. Ha.. letaklah sape-sape kau suka PAS.BN peduli apa..yang penting jentera BN dah mula bekerja dari sekarang.Lantaklah PAS nak buat apa..pedulikan dia.....
    Tengku dah 50 tahun disana...TAHULAH DIA.

    ReplyDelete
  10. Ku li akan memberi impak besar ke atas PRK galas tu lah sebab PAS kecut perut.

    salam perjuangan

    minta jasa baik tuan untuk linkkan blog saya ke dalam blo tuan.blogger sarawak.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Nizar telah tidak keruan lagi, bercakap ikut nafsu, tak boleh lagi berfikir secara waras.Beliau akan bercakap sesuka hati, memang pemimpin PAS macam tu....Lagi satu kalau sapa-sapa nak kata apa-apa pun boleh, dia dah tak dengar lagi dah, dah tak ada perasaan dah...tak boleh terima nasihat walaupun dberi apa fata sekalipun.Apa yang penting perasan marahnya kepada UMNO semakin kuat...Semua yang PAS buat semua betul 100%, semua PR buat 100% betul...Nizar memang tak takut dosa...hehehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3