bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Oct 2010

YB Bebas Wee Choo Keong Saksi Rahimi Tandatangan Kenyataan Bersumpah Tanpa Paksaan???

Peguam PKR: Wee Choo Keong saksi SD

Okt 12, 10 4:52pm
http://www.malaysiakini.com/news/145094

Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi “memaksanya” menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.
"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar,” kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Komen Isac;

Mmmm.... Sama-samalah kita tunggu kenyataan balas daripada YB Wee Choo Keong. Samada beliau benar-benar menyaksikan Rahimi menandatangani kenyataan bersumpat tersebut ataupun beliau hanya menandatanganinya selepas diarahkan olah "ketuanya" ketika itu....

Dalam dunia ni macam-macam boleh berlaku.... Walau bagaimanapun mana dia salinan-salinan kenyataan bersumpah tersebut???

4 comments:

  1. Salam tuan,
    Saya dari bumi kenyalang mohon tunjuk ajar dalam blog menghentam pembangkang.
    Saya sudah jalinkan rangkaian blog semoga kita berjaya mengekalkan BN dalam kerajaan,

    ReplyDelete
  2. Biasalah Isac bila sudah terdesak.... macam terkeluar dari mulut untuk menyedapkan hati.... itulah PKR....

    ReplyDelete
  3. Anwar ni pandai untuk makan free. Dia cari budak budak mentah yang sentiasa berbelah bagi atau keliru dalam membuat keputusan.

    Budak budak jenis baik ni mereka ni tidak berapa berani berkata 'TIDAK' bukan saja atas dasar di paksa tetapi juga apabila ditekan atau di ugut secara halus. Juga kalau merasa kasihan.

    Perhatikan apabila Rahimi membuat sidang akhbar bagaimana ianya di serang oleh segerombolan samseng. Perkara perkara begini membimbangkan dan menakutkan sesiapa saja yang mentah dalah hidup.

    Memang nampaknya belia bebas tetapi beliau sudah tentu di bawah tekanan. Mengapa perlu beliau berkampung di Hotel? Ianya boleh di lakukan di pejabat peguam! Ertinya disebabkan ramai penasihat penasihat yang di perlukan dalam tempoh pendek untuk menghasilkan satu karya bertaraf lagenda maka tempat yang luas di perlukan.

    Cakap lah apa saja. Mahkamah menentukan.

    KEADILAN MELALUI UNDANG2 cogankata Majlis Peguam.

    Jangan cari keadilan melalui jalan lain sudah lah.

    ReplyDelete
  4. banyaklah lagi kelentong dan auta akan menjelma apabila kesederan sudah/insaf timbul.inilah dia perjalanan Parti Kelentong Rakyaat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3