bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Oct 2010

PRK Galas - Ku Li Bersetuju Menjadi Pengarah Pilihanraya...


Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya DUN Galas: Ku Nan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KuLisetujujadipengarahpilihanrayaDUNGalas_KuNan/Article
2010/10/04
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini berkata sepanjang pengetahuan pengurusan BN, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata, surat pelantikan itu telahpun ditandatangani Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, dan akan diserahkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu sekembalinya beliau

"Bagi kita, pada masa ini, beliau (Tengku Razaleigh) telah bersetuju menjadi pengarah pilihan raya bagi DUN Galas. "Beliau adalah orang yang tepat kerana beliau adalah Ketua Bahagian, beliau tahu kawasan itu dengan lebih baik daripada orang lain. Jadi kita berharap beliau dapat membantu kita untuk mendapat balik Galas kepada BN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya 2010, di sini.

Tengku Adnan berkata, tindakan jawatankuasa pengurusan parti melantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kawasan itu turut mendapat restu dan sokongan badan perhubungan negeri Kelantan.

Jumaat lalu, Tengku Razaleigh membuat kenyataan dalam laman sosial Twitter bahawa beliau tidak menyatakan "ya" atau "tidak" apabila dilantik ke jawatan itu, dan akan menjelaskannya apabila beliau kembali ke Malaysia.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai calon BN bagi DUN itu, Tengku Adnan berkata pihak pengurusan akan mendengar apa sahaja cadangan daripada Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Ditanya sama ada UMNO selesa sekiranya Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon, Tengku Adnan berkata UMNO akan selesa dengan sesiapa sahaja yang dapat memenangi kerusi itu dan dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat di kawasan itu.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan cadangan untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai calon adalah tidak wajar, Tengku Adnan berkata kenyataan seumpama itu dikeluarkan kerana mereka bimbang BN akan dapat merampas semula Galas.

Di PETALING JAYA, Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata BN yakin untuk merampas semula kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan melawat kawasan itu minggu depan bagi menilai keadaan dan usaha bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu. - BERNAMA
 

Komen Isac;

Persetujuan ini bakal memberikan tamparan hebat buat Pas di PRK Galas, memandangkan rakyaat Kelantan teruamanya di Gua Musang biasanya begitu "taat" kepada Ku Li.

1 comment:

  1. Tok pasti UMNO akan berjaya menawan Galas dari PAS. Ku Li memang orang yang sangat layat jadi panglima perang di Galas.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3