bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Oct 2010

Demo Bantah Kenaikkan Tarif Air di Kedah - Inipun Kerja Ahli Umno Ke???

Tarif air Kedah: 30 ahli Pas adakan demonstrasi bantahan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

10/10/2010 1:49pm
ALOR SETAR 10 Okt — Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lePas.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu,” katanya kepada pemberita selePas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail. — Bernama


Komen Isac;

Rakyaat di dahulukan??? Inikah antara bala yang dihadapi oleh rakyaat kerana memilih Pakatan Rakyaat???

7 comments:

  1. salam bro,

    PR terutamanya PAS tidak ada kepakaran dalam mengendalikan ekonomi atau pengalaman mengawal kestabilan tarif air/letrik harga barang dan sebagainya. Bila dah tersepit akhirnya mereka juga terpaksa mengambil tindakan yang dulunya mereka bantah, kononnya mereka lebih tahu menjaga kebajikan rakyat. Itulah cakap tin kosong PAS, cakap memang senang tapi bila nak melaksanakan baru mereka tahu bukan mudah nak mentdbir sebuah kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Muhasabah diri, apakah beliau benar-benar mempunyai kepakaran dan ilmu mentadbir negara. Bukannya semua orang mempunyai kepakaran dan kemahiran. Tetapi kemahiran untuk kejar wang dan kuasa memang ada pada Azizan dan sudah terbukti nyata.

    Inilah sikap orang kita yang tidak mengaku kelemahan diri hingga puak sendiri menongkah arus dan menuding jari kearah orang lain punya angkara. Imbaulah kembali janji-janji dalam kempen pilihanraya. Apakah dah tunai segala janji?. Mungkin ini adalah satu penghinaan akibat tidak tunaikan apa yang dijanji kepada rakyat yang menagoh janji dan simpati.

    Beliau harus kaji apakah konco-konco dalam kelasnya sehaluan hati. Apakah beliau memerintah negeri sesuci hati dan seikhlas budi atau sendiwara dan lakonan pentas semata-mata. Beliau harus tenung kembali mengapakah mereka ini menikam dan mengadakan demonstrasi. Masakan tidak mereka juga turut disakiti akibat kenaikan taris air menjadi-jadi. Persoalannya mengapah di Negeri lain tiada kenaikan tarif air dan dapat imbuhan bonus 3 kali gaji seperti Perak.

    Sehina-hina BN beliau beri free kegunaan bil letrik seluruh negeri bagi RM 20.00 kebawah. Bukannya senang nak jaga rakyat jelata dan bermacam-macam ragam sedangkan 2 isteri pun adalakalanya ribut melanda. Tuhan pun jadikan 5 jari tak sama. Itu dikatakan penzalim rakyat oleh PAS+DAP+PKR. Seperti PAS kebajikan untuk kesenangan rakyat seperti dilaungkan bagi free bil air RM 20.00 kebawah dan cukai tanah, cukai pintuh diturunkan ketahap paling minimun atau RM 2.00 setahun bagi miskin dan kaya RM 10.00 setahun barulah Negeri Kebajikan seperti dilaung-laungkan.

    Pemimpin perihatin seperti contoh Umar Abd Aziz tidak mahukan kereta mewah elok sekadar kancil. Kita lihat Umar Aziz tak suka hak rakyat dia ambil setakat gajinya saja. Kita lihat jika gaji MB mampukan sara rakyat miskin dan berjenama mewah dan kadam yang ramai. Apakah Umar abd Aziz mahukan layanan high class, hampiran permaidani merah, kerusi empuk.

    Fikir-fikirlah.......

    ReplyDelete
  3. sy ni x reti nak berbahas..cuba tgk kat blog mummyrokiah.

    ReplyDelete
  4. Bukan senang nak cari sumber bila tadbir negeri,dulu masa BN perintah pandai sangat komplen..la ni penyokong sendiri yang protes.

    ReplyDelete
  5. PAS pelahap duit rakyat adala. pokok balak semua tebang, kampung semua kena banjir lumpur. melahaq la tu.PAS memang lapaq duit. sebelum menang PRU dah pikiaq camana nak rampas duit dari rakyat. ha ni salah satu la.

    ReplyDelete
  6. Tak apa kerajaan negeri kedah bawah pas naik kan harga air tu. Nanti esok masuk surga apa.

    ReplyDelete
  7. Betul ke orang-orang PAS yang buat demo tu? Tengok esok dah pasti Pemimpin PAS akan nafikan yang buat demo tu bukan ahlinya atau jika ahli PAS sekalipun mereka kata UMNO yang upah. Kenyataan biasalah Bro. Apa-apa pun biar rasa rakyat Kedah kerana cuba mengubah tampuk pemerintahan. Pemerintahan Islam Ala PAS.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3