bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Oct 2010

Kelantan "Dipencilkan" Oleh Kerajaan Persekutuan, Kenyataan Ataupun Fitnah???

Kelantan pembangkang, bukan musuh: Nik Aziz
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8274121.asp



PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.

“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.


Komen Isac;

Penulis tak faham apakah 118 projek yang dikatakan oleh TG Nik Aziz tersebut adalah projek yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan negeri ataupun mereka bergantung sepenuhnya peruntukkan daripada Kerajaan Pusat.

Jika semuanya hanya mahu mengharapkan kepada peruntukkan daripada Kerajaan Pusat mudahlah untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri, maka siapa-siapapun boleh menjadi MB...

Pembesaran sebuah lapangan terbang dan pembinaan sebuah pelabuhan baru pastinya menelan belanja yang besar, selain negara kita mempunyai 14 buah negeri yang juga perlu diberikan perhatian, pembinaan sebuah pelabuhan baru perlukan kajian fisibiliti akan kesesuaiannya. 10 tahun penulis terlibat dalam kerja-kerja fisibiliti kajian hidraulik, kejuruteraan pantai dan kajian EIA.


Selain itu kedudukan pantai Negeri Kelantan yang terdedah kepada angin monsoon yang akan menghadkan kegiatannya, negara telahpun mempunyai dua buah pelabuhan berhampiran, iaitu masing-masing satu di Kemaman dan satu di Kuantan. Kedua-dua pelabuhan tersebut juga tidak dapat digunakan dengan optimum kerana terdedah kepada angin monsoon di samping kos pembinaanya tinggi kerana "breakwater"/benteng pemecah ombak perlu dibina untuk melindungi kawasan pelabuhan.
Kerajaan negeri Kelantan juga pernah diberikan peruntukkan RM 600 juta di zaman Tun Mahathir untuk menaik-taraf sistem bekalan air negeri Kelantan tetapi sehingga kini ke mana peruntukan tersebut habis dibelanjakan masih menjadi tanda-tanya, kerana sistem bekalan air di negeri tersebut masih di takuk lama.

Jestru itu tidak menghairankan jika peruntukkan pembangunan daripada kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM 7 Billion dalam RMK 9 yang lalu ditandbirkan terus oleh agensi-agensi kerajaan persekutuan.

Selain tidak pernah berterimakasih di atas setiap bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Kelantan juga tidak habis-habis menohmah kerajaan pimpinan Umno sebagai tidak Islamik demi untuk menegekalkan kuasa dan sokongan rakyaat Kelantan kepada mereka.

Perbuatan mereka ini bagi penulis samalah seperti pepatah Melayu iaitu, "seperti melepaskan anjing yang tersepit". Harapan penulis agar rakyaat Kelantan dapat memilih pemimpin-pemimpin yang boleh membangunkan Kelantan dan bukannya pemimpin yang hanya tahu berpidato secara retorik dan hanya pandai menyalahkan orang lain di atas ketidak keupayaan mereka mentadbir dengan baik...

Mungkin sedah sampai masanya untuk para cerdik-pandai rakyaat Kelantan yang merantau di perantauan untuk pulang ke Kelantan bagi membangunkan negeri ini.





Pelabuhan Kemaman




Pelabuhan Kuantan




10 comments:

  1. 600 juta terbang ke mana? :) selama 20 tahun + nik aziz memerintah kelantan, air tetap kotor. apa cerita?

    penganut agama pas masih nak percaya dengan sandiwara ulama terompah parti penyebar ajaran sesat ini?

    Galas PASTI MENANG! lainlah kalau orang asli pun terpengaruh dengan janji2 kosong PAS. kalah takpe, tak penting pun. hahaha!

    ReplyDelete
  2. hanya satu sahaja pertanyaan saya:)
    kepada mereka2 yang terlaku agungkan MELAYU :
    pilih antara dua yang mana lebih baik:

    1) menjadi MELAYU tanpa ISLAM : istimewa di malaysia,hina di mata Allah

    2) ISLAM tapi bukan MELAYU : hidup mungkin sukar dimalaysia, tp insyaALLAH bahagia di Akhirat Kelak


    p/s : tak ada apa nak di bangga dgn bangsa, tp berbanggalah dengan ISLAM. ISLAM memajukan melayu dan bukan sebaliknya:)

    ReplyDelete
  3. betoiiiiiiiiiiiii....Kelantan di perintah oleh PAS sebagai pembangkang buka musuh kerajaan Pusat...tapi kenyataan demi kenyataan...ceramah demi ceramah oleh penceramah PAS jelas menggambarkan suara-suara itu adalah suara-suara musuh...bukan suara sahabat

    ReplyDelete
  4. gua ada link artikel bro dlm blog...tq atas kupasan menarik.

    salam

    ReplyDelete
  5. Salam Ukhwah..

    Maaf PAB berkata2 :

    PAB setuju 100% dengan kenyataan penulis krn ITULAH REALITINYA.

    Utk menguatkan fakta, PAB pernah merujuk kpd rakan-rakan PAB di JPP Kelantan.

    Menurut mereka, Kerajaan PAS Kelantan tidak amanah. Sbb tue faktor utama Dana Kerajaan Pusat diuruskan oleh JPP.

    Antara sbb mereka berkata sedemikian ;

    1- Dana Kerajaan Pusat yg dipinjamkan sblm nie dah lah makin bertambah tak dibayar hutangnya...Laporan projek pun meragukan...outcome 0% kpd rakyat. Cam ner jadi cam tue...Tanya Husam APCO yg kononnya pakar ekonomi. Bukan pakar..tapi Hampeh..memboyotkan perut sendiri.

    2- Byk projek yg dicadangkan bersyarat spt mesti diuruskan oleh ANAK SYARIKAT KERJAAN PAS KELANTAN. Siapa bossnya..bukan Menantu N.Ajis MBA (bukannya Master of Business Admin tapi 'musang berbulu ayam'). Nk mengkayakan kronilah tue..Ingat rakyat KELATE nie bodoh tak der otakker.

    3- Proposal projek yg dicadangkan kalau dirisik satu persatu mesti pemegang syer terbesarnya si Husam APCO dan Arifahmi MBA. Sbg contoh...projek Kerajaan PAS Kelantan terkini 'DINAR EMAS KELANTAN'...bukan syer terbesarnya 'dua ekor mangkuk hayun tue'. Kalau projek Kerajaan Negeri buat cam tue..bayangkan kalau Kerajaan Pusat yg bagi wang buat projek. Confirm rakyat makan habuk dan sesedak baki jer.

    Rasanya cukuplah tiga (3) tue dulu.

    Soalan PAb : Siapa yg 'gilo'

    PESANAN PAB : Jgn sebut perkataan 'gilo' sebarangan..N.Ajis sensitif

    ReplyDelete
  6. Salam Ukhwah.

    Maaf PAB berkata2 :

    PAB tak nk komen n3 kobEjOrdan.. Cuma PAB nk minta beliau cari Surah AL-Hujjarat Ayat 1 hingga 13. Maka beliau akan dpt jawapan sama ada kenyataannya betul atau kurang tepat.

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam, bro ini lah bentuk pemimpin tak mampu buat kerja tunding jari kat orag lain sedang kan 20 tahun lebih memerintah Kelantan, seperti di Kedah, semalam demostrasi ahli PAih, kalau MB tak mampu nak bangun kan Kedah dan nak bantu rakyat Kedah, Letak Jawatan, jangan nak salahkan kerajaan terdahulu, maknanya ahli Paih pun tak bijak menilai pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  8. 600 juta hilang entah kemana ?

    salah satu sebab ialah silap penswastaan kat syarikat britain Thames Water, 50 Juta atas angin hilang sebab nak tebus talak.

    bijak-bijak ada komisyen tak ? 25% ha ha ha jangan marah nanti kena jual.

    patut lah diorang berbangga cuba baca

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27812:air-nadi-rakyat&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

    Gaji berjuta-juta masalah air tak selesai tak pe aku bangga sebab melayu boleh joli katak.

    ReplyDelete
  9. Hahahaha... kelakar laa. Macam2 bila dah dekat dgn pilihanraya.

    ReplyDelete
  10. wow...600j lenyap di kelantan? pegi ke mana duit sebanyak itu? xkan x blh di kesan?....riuh satu dunia pasal 600 juta ni....sy pun nk siasat duit ni msk poket siapa?...SBB sy dah puas siasat kerajaan GELAPKAN DUIT RAKYAT yg lebih berbillion2, tapi rakyat tak marah pun, tetap sokong, puji kerajaan...why this happen?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3