bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Oct 2010

Pakatan Tidak Jadi "Pakat" di PRK Batu Sapi??? Bukti PKR Mengamalkan Politik Perkauman!!!

2
Mesyuarat PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?
Okt 21, 10 6:25pm

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.


Komen Isac;

Kononnya PKR adalah suatu parti berbilang bangsa.... Suatu parti yang tidak berasaskan satu-satu kaum... Suatu parti yang liberal....Satu parti yang memperjuangkan bangsa Malaysia... Hak sama-rata.....Keadilan...Menolak politik perkauman....

Tetapi pecayalah itu hanyalah satu retorik... Kenyataannya PKR hanya memperjuangkan DSAI.... Hanya mahu menabalkan DSAI sebagai PM Malaysia walau apa jua carapun dan berapa juga harganya!!!

Percaturan mudah mengapa PKR mahu menurunkan calon  mereka ialah kerana melihat ia merupakan satu kawasan majoriti Melayu, jestru jika PKR meletakkan calon Melayu melawan calon bukan Melayu dari BN pastinya peluang untuk menang adalah amat cerah!!!

Inilah sebenarnya perilaku sebuah parti "munafik", cakap tak serupa bikin....Suka menangguk di air yang keruh... Jika PKR benar-benar ikhlas menolak politik perkauman, mereka tidak sepatutnya menurukan calon Melayu untuk bertanding menentang calon bukan Melayu di kawasan yang mejoritinya Melayu seperti di kawasan Batu Sapi...

Ataupun apa kata demi untuk menandingi taktik "licik" PKR,  BN juga menurunkan seorang wakil Melayu ataupun calon bukan Melayu yang beragama Islam agar pertandingan tersebut lebih "adil"??? "Agar buku bertemu ruas".


1 comment:

  1. Salam Isac, inilah yang dikatakan tidur sekelambu, bantal sama-sama pakai, tapi nafsu berlaianan selera........

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3