bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Nov 2009

Makin Panas!!!! "Kapal" PKR Semakin Karam....Terbaru, YB Zul Cabar YB Siva Letak Jawatan!!!

Dipetik Dari Malaysiakini
Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya.





"Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini. "Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Islam dan orang Islam atau sebaliknya," katanya. Zulkifli membuat cabaran itu ketika menjawab kenyataan Sivarasa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada Zulkifli. Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden. Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.
Komen Isac:
Penulis berani mengatakan, bahawa kedudukan YB Zulkifli di dalam PKR, sudah seakan-akan sedang "menghitung hari". Walaupun apa yang dilakukan oleh beliau dirasakan benar, iaitu mempertahankan Agama Islam dan hak orang Melayu yang merupakan mejoriti rakyaat negara ini, tetapi akibat perpecahan bangsa Melayu, apa juga perjuangan untuk mempertahan agama Islam dan hak orang Melayu akan sentiasa dipandang serong dan dianggap sebagai pekauman oleh orang bukan Melayu.
Menambah parahkan lagi nasib orang Melayu/Bumiputera ialah, ketua mereka pun sama-sama menekan mereka ini daripada bersuara, demi untuk mendapatkan sokongan dari bukan Melayu.

3 comments:

  1. Bukan banyak beza antara kedua ini; umpama antara beruk dengan kera.

    ReplyDelete
  2. lawan, jangan tak lawan...biar kebenaran yang menentukan segalanya....kalau kalah, jadi YB parlimen bebaslah...macam Ibrahim Ali, nak tembak orang pun senang...tak sebelahkan sape-sape...

    ReplyDelete
  3. Salam bro,

    baguslah...biarkan saja kapal PKRnic karam, susah nak tampal..lubang banyak sana-sini..tak cukup gam satu tin tu..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3