bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Nov 2009

Sijil Ijazah Pertama Dr. Asri, Palsu ?

Dipetik Dari mStar Online
Selasa November 3, 2009
Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsu
Oleh ZIEMAN

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah




PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.




Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.




"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu. "Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?




"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Semalam, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.




Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah. "Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.




"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri. Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.




Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini. "Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini. "Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.




"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.




Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan. Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman. "Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis.

Komen Isac;



Semakin berbelit-belit perkara ini.... Pengajaran dari PRU 12, ialah kita dapat kenali siapa Pas sebenarnya. Mereka juga sebenarnya adalah golongan Sarjana Agama yang opurtunis, yang sebenarnyanya juga telah "hanyut" didalam mengejarkan kuasa dan kedudukan "dunia", tiada bezanya mereka dengan politikus-politikus yang lain. Perjuangan menegakkan agama Islam boleh diketepikan jika ianya menjejaskan kedudukan dan cita-cita peribadi mereka.



Krisis yang terbaru ini pula, kita dapat kenali bahawa sarjana-sarjana agama juga hanyalah manusia biasa...Fitnah, buruk sangka, hasad dengki, jatuh-menjatuh juga telah menjadi permainan mereka. Jestru itu kita tidak boleh bertaklid dan mengikut mereka secara membuta-tuli, umat Islam dan setiap dari kita perlu mempelajari dan memahami ilmu agama sebagai bekalan untuk kita membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Bertaklid secara membuta-tuli dan mengikut mereka secara melulu mungkin akan membuatkan kita terpesong dari landasan Agama. Adakah Sarjana-sarjana Agama ini "pro PR" ??? Sedang cuba untuk mengalih perhatian kita daripada masalah yang sedang dihadapi oleh PR ataupun mereka mahukan jawatan YDP YADIM, untuk kumpulan mereka sendiri?





4 comments:

  1. kenapa Jais buat macam tu? apa salahnya dr asri ini? kalau benar ada bukti, tunjukkan kepada rakyat baru kami percaya... ni nak buat tangkapan tapi bukti takde pun... sia-siakan usaha bloggers jer

    ReplyDelete
  2. Seorang pegawai bertaraf penolong pengarah ada keizinan untuk buat lapuran akhbar ke ? Apa pula dalam isu sensitif yang sedang hangat begini. Zaman dulu hamba tahu memang kes macam ni jadi kes desiplin dan memang kena tunjuk sebab. Kekarang ni apa kata ILIM dan JAKIM.

    ReplyDelete
  3. Salam Media & Che Leh,

    Itulah pasal, Penolong Pengarah adalah jawatan Pegawai Kelas A yang paling "koman", Gred 41.

    Tuan/Cik bayangkan kalau semua guru sekolah menengah dalam negara ni, Gred 41 & ke atas boleh buat kenyataan bagi pihak Kementerian Pelajaran? Dato" Seri Hisyamuddin, mampus nak menjawabnya....

    Utusan Malaysia pun tak "cerdik" kenapa kenyataan mamat tu hendak diambil mereka? Wartawan tu pun budak berhingus jugak ke? Bagaimana pulak dengan penyunting artikel tu? Budak jugak ke?

    Yang Penolong Pengarah tu pulak, kenapa suka2 bagi pendapat? Kalau "Penolong" dekat depan tu tak ada boleh lah cerita sikit...Jangan lah nak jadi gila kuasa....Maaf kalau tersinggung, lain kali gunalah akal sikit....

    ReplyDelete
  4. waaa sudah nmpak die punye salah..nama bapak die uthman?cube korang tnye name bapak die sape..xtaw la kalo mmg bapaknye name cenggitu..rasanye zainul abidin..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3