bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Nov 2009

PAS Menghina Wanita - Lompat Parti, Isteri Adun/MP Pas Akan Jatuh Talak Tiga!!!

Utusan Malaysia Online






Bai’ah Pas dibantah
BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti. Kata mereka, bai’ah itu telah lama dilakukan dan akan dibaca oleh semua calon bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri bagi menjamin kesetiaan mereka.




Bai’ah itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak:





Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, "Penceraian bukan perkara main-main kerana boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa".






Timbalan Dekan ISTAC, UIAM, Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata: “Perkataan pertama yang saya mahu sebut ialah melampau! Sebab ia mengheret kehidupan keluarga ke pentas politik. Saya amat terkejut".







Jangan cerai lompat parti






PUTRAJAYA 6 Nov. - Umat Islam di negara ini tidak wajar mengangkat sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya mereka keluar daripada parti kerana tindakan itu hanya memporakperandakan institusi rumah tangga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, keputusan keluar parti atau menukar parti hanya melibatkan seseorang individu iaitu suami.





Tetapi, tegasnya, jika mereka yang melafazkan talak tersebut melompat parti, kesan buruknya adalah terhadap isteri, anak-anak dan keluarga. "Membawa kemudaratan kepada ahli keluarga sendiri yang tidak berdosa boleh dianggap suatu penganiayaan dan kezaliman," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.








Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa semua wakil rakyat dari parti Pas perlu bersumpah bahawa mereka akan menceraikan isteri masing-masing (talak tiga) jika melompat atau meninggalkan parti. Tindakan itu bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada parti berbanding isteri dan keluarga masing-masing.






Jamil Khir berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71 pada November 2005 berpandangan bahawa Undang-undang Keluarga Islam yang sedia ada telah lengkap dan mencakupi semua isu berkaitan institusi keluarga Islam. Sehubungan itu, beliau menambah, sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini adalah tidak diperlukan.






"Menurut Seksyen 50, undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), bidang kuasa meletakan pengesahan taklik sama ada jatuh atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
"Oleh itu, tindakan melakukan lafaz taklik masih tidak muktamad kerana perlu merujuk kepada keputusan hakim," katanya.





Komen Isac;





Tidakkah perbuatan ini seperti menginjak-injak maruah "wanita"? Apa komen NGO-NGO wanita dan pemimpin-pemimpin wanita kita, samada dari kalangan pembangkang mahupun yang pro pembangkang? Apa pula pandangan Dr. Lo Lo ?

3 comments:

  1. Salam bro ISAC,

    Bai'ah itu jelas menunjukkan PAS tidak demokratik. Menafikan prinsip demokrasi.

    ReplyDelete
  2. PAS mana tau demokrasi...!! kuku besi depa tau lah..

    ReplyDelete
  3. Aih.... senang ek idup diorang. sekali gertak ahli, sume terkencing. bagi alasan atas nama Tuhan la, Islam la, nabi la, ulama la. sedih betul. yang takleh pikir akan ikut dan terasa beban. kalau aku, "lantak la nak cerai aku ke tak. dosa kau. kat 'sana' nanti aku boleh tuntut". diorang tak penah terpikir yang ni ke?

    duniawi, duniawi.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3