bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Nov 2009

SPRM "Mengamuk" - 5 Orang Akan Didakwa Hari Ini!!!

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116441
Pendakwaan besar-besaran SPRM
Nov 2, 09 3:15pm








kemaskini 7.55pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah. Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir kira-kira jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000. Wong Chuan How - seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor, di DUN Sungai Pelek - antara lima orang tersebut. Beliau disiasat SPRM mulai 14 Ogos lalu berhubung salah guna wang peruntukan kerajaan negeri di kawasan DUN tersebut. Kenyataan mengejut SPRM berhubung pendakwaan itu, yang dikeluarkan awal malam ini, tidak menyebut sebarang nama tertuduh kecuali Wong.




Empat kenyataan berasingan itu dikeluarkan serentak sejurus selepas jam 7 malam ini (lihat teks penuh). Seorang pengarah syarikat juga bakal dituduh di mahkamah sama berhubung tuntutan palsu di pejabat daerah Hulu Langat bagi program-program di DUN Teratai pada tahun lepas. Kecuali Wong dan pengarah syarikat tersebut, ahli parlimen tersebut, pembantunya dan bekas pegawai khas menteri besar telah ditahan oleh SPRM. Semuanya dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 kecuali bekas pegawai Abdul Khalid yang bakal didakwa bawah Kanun Keseksaan.




Wong juga akan dituduh atas dua kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Kanun Keseksaan. Berikut kenyataan penuh SPRM:Bekas ADUN dan pembantu ditangkap SPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama. Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).




Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRMSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00. Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).





Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan. Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan. Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).





Pengarah syarikat dituduh membuat tuntutan palsuSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor akan menuduh seorang pengarah syarikat atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997. Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan. Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).




Komen Isac;




Wow SPRM dah mengamuk, nanti jangan pulak ade suara-suara sumbang yang apabila mereka didakwa oleh SPRM, mereka pula mendakwa mereka menjadi mangsa politik Umno/BN. Menjadi mangsa diatas tindakan berpilih oleh pihak SPRM. Dah salah tu salahlah apa pulak nak soal orang lain buat jugak tapi tak kena tangkap? Kenapa aku yang kena tangkap? Bisalah... tu macam memandu laju jugak, kalau ada polis trafik ada buat "speed trap" kenalah saman, kalau tidak, memandu 300 km/jam pun tak kena saman. Apalah ........

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3