bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Nov 2009

Khalid Samad Ada Rekod Jenayah?

Dipetik Dari Malaysiakini
Polis dakwa wakil PAS ada 'rekod jenayah'
Salhan K Ahmad
Nov 3, 2009, 1:38pm

Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya. Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam.
Berita penuh sila rujuk link
http://www.malaysiakini.com/news/116538
Komen Isac;


Pelik jugak, macamana boleh jadi Ahli Parlimen? Katanya mempunyai rekod jenayah....? SPR terlepas pandang ke? Oh...Jenayah silam ke? Kalau tidakpun mungkin Khalid ni jenis orang yang suka "gigit telinga" polis kot, macam Tian Chua. Al maklum sebab satu kapal, satu gang...... Ataupun kena tanya abang dia Datuk Shahrir Samad...Ataupun JAIS saja nak buat gempak lagi.....Famus tu JAIS....Tak habis-habis dengan sensasi....

1 comment:

  1. SLM BRO..TAK SANGKA PLAK SI KHALID GEREJA NI ADE KES JENAYAH. KLU ADE SAPE2 YG BLH BAGI INFO HARAP2 DI BONGKAR TERUS YEZZEKKK!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3