bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Nov 2009

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Ditahan JAIS - Apa Bezanya Pas Dengan Umno?????

Dipetik dari mStar Online
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/2/mstar_berita/20091102023858&sec=mstar_berita
Isnin November 2, 2009
JAIS bebaskan bekas Mufti Perlis
Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK





Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. --foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.


Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan. Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.


"Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu. "Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja," katanya. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.


Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri. Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap. Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.


Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal. "Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini. "Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.


Dalam pada itu beliau turut kesal dengan tindakan anggota JAIS sewaktu menguruskan operasi berkenaan. "Tindakan JAIS tak serasi, bukan saya nak suruh mereka hormat saya, tapi sekurang-kurangnya mereka juga tahu saya bekas Mufti kerajaan negeri Perlis," katanya. Diminta mengulas mengenai tauliah yang dikeluarkan oleh JAIS kepada guru agama yang ingin mengajar di Selangor, Mohd Asri berkata: "Saya ingin beritahu, JAIS ni, ketika saya menjadi mufti Perlis, mereka mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor melainkan Mufti Perlis.


"Bayangkan kalau mereka tanya saya mengapa tak pohon tauliah... ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam negeri Selangor." Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Bernama berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Komen Isac;

Apabila pegawai-pegawai jabatan agama diheret untuk berpolitik, inilah jadinya. Kalau dahulu yang biasa kita dengar, pemimpin-pemimpin Pas adalah dilarang memberikan ceramah-ceramah agama di dalam negeri-negeri di bawah pemerintahan Umno/BN kerana ditakuti mereka menggunakan "nama mengajar agama" sebaliknya menyampaikan ceramah-ceramah politik tanpa permit.

Bermacam-macamlah kata-nista dan caci-maki yang dihamburkan apabila mereka ditegah daripada menyampaikan ceramah. Kini apabila mereka pula yang memerintah (PR), bukan sahaja "Ustaz-Ustaz" Umno/BN sahaja yang tidak dibenarkan berceramah agama, malah individu-individu (berkecuali) seperti Dr. MAZA juga telah dinafikan hak. Inilah keadilan, ketelusan dan kebebasan "ala" Pas/Pakatan Pembangkang. Bak kata pepatah, "Paku dulang paku serepih, mengata orang awak yang lebih".

Adakah penahanan ini sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan beliau ataupun sebagai membalas dendam kerana Dr. MAZA dilihat tidak berminat terhadap lamaran Pas supaya beliau menganggotai perti itu? Seperti memikat "anak gadis" yang mahu kita sunting untuk dijadikan isteri, mengugut bukan cara yang terbaik, kalau dapatpun penyerahanya bukan secara total, hatinya tak akan kita miliki. Ataupun adakah penahanan beliau ini adalah angkara seorang-dua di dalam Jais yang cuba untuk berlagak pandai?

Jika tidak kena gayanya Dr. Asri yang selama ini lebih suka untuk menjadi pihak ketiga di dalam pertembungan politik negara, akibat kejadian ini mungkin beliau akan menerjunkan diri ke dalam dunia politik. Jika ini berlaku, mungkin ada juga rahmatnya. Apa kata beliau menyambut sahaja lamaran Pas? Kemudian memimpin pemimpin-pemimpin pro kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno? Kesannya pasti lebih bermakna bukan? Apapun hanya masa yang akan menentukan dan hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui....Sebagai manuasia kita hanya mampu untuk mendoakan dan mengharapkan yang terbaik.

1 comment:

  1. SLM BRO..MMG ADE PIHAK2 YG SENGAJE NAK TIMBULKAN MASALAH UTK MENUTUP MASALAH LAIN

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3