Oleh Ali Mat
PASIR PUTEH - Keikhlasan Kerajaan pusat Barisan Nasional yang diterajui Umno dalam menjaga kesucian Islam terbukti apabila sudah membelanjakan peruntukan lebih RM15 juta untuk membina dan membaikpulih masjid di Kelantan dalam tempoh tiga tahun lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuk masjid di Parlimen Machang, Ketereh dan Gua Musang.
"Kita masih menerima banyak lagi permohonan bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bernilai RM500,000 untuk membina dan membaikpulih masjid Kampung Pulai Lima di sini, hari ini.
Cek berkenaan yang diterima oleh imam masjid itu Abdul Ghafar Awang sebagai menunai janji yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan ke masjid berkenaan pada 2 Julai lepas.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika berucap pada majlis berkenaan berkata masjid perlu berada dalam keadaan sempurna kerana ia melambangkan kepaduan dan kekuatan umat Islam.
Katanya masjid boleh dijadikan benteng kepada umat Islam untuk mempertahankan cabaran dari luar yang ingin melemahkan kekuatan Islam di negara ini termasuk kegiatan memurtadkan umat Islam terutama golongan muda.
"Lebih banyak kursus mengenai Islam perlu diadakan di masjid-masjid di seluruh negara kepada golongan itu supaya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh pendakwah Kristian," katanya.
Sementara itu, Abdul Ghafar berkata peruntukkan itu akan dibelanjakan untuk memperbesarkan masjid berkenaan yang akan dapat memuatkan 300 hingga 500 anggota jemaah.
Beliau berkata pada masa ini masjid itu hanya dapat menampung 300 anggota jemaah pada setiap Jumaat tetapi melimpah apabila tiba waktu solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha setiap tahun apabila ramai anak-anak perantau pulang ke kampung. Sumber klik sini.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.