bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Jun 2012

Harimau Malaya - Kemenangan Terhadap Singapura Hanya Nasib Baik???


Ahmad Shakir Ali (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari

SHAH ALAM - Harimau Malaya mengotakan janji apabila melakar kemenangan pertama selepas lapan tahun ke atas musuh tradisi, Singapura 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.

Di hadapan 25,000 penonton, jaringan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Ali pada minit ke-18 dan Safiq Rahim pada minit ke-62 meleburkan badi sejak 2004, di mana Malaysia gagal mengalahkan Singapura dalam 10 perlawanan terakhir.

Kali terakhir Malaysia menumpaskan Singapura ialah pada perlawanan persahabatan di Stadium Cheras juga dengan jaringan 2-0 ketika skuad negara dibimbing Allan Harris.

Kemenangan semalam turut menebus kehampaan Harimau Malaya pada perlawanan persahabatan pertama 8 Jun lalu di Stadium Jalan Besar, Singapura yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara mendahului 2-0 namun Singapura bangkit pada lima minit terakhir dalam perlawanan yang turut mencetuskan kontroversi.

Namun kemenangan semalam tidak boleh terlalu dibanggakan oleh skuad Datuk K. Rajagobal kerana Singapura turun tanpa lapan pemain utama kerana menyertai kem kerahan tenaga negara iu, juga faktor kecederaan.

Rajagobal membuat keputusan tidak menurunkan Safee Sali pada bahagian serangan, sebaliknya memberikan peluang kepada Ahmad Shakir Ali, yang bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan. Azamuddin Mohd. Akil turut meraih tempat dalam kesebelasan utama.

Selain itu, Rajagobal juga membuat percaturan menarik meletakkan Mohd. Fadhli Shas beraksi pada bek kiri dan memberikan kepercayaan kepada Amiridzwan Taj Tajudin mengemudi barisan tengah pertahanan bersama rakan sepasukan di Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Aidil Zafuan.

Percaturan Rajagobal meletakkan Shakir bersama Norshahrul atau Mat Yo jelas membuahkan hasil apabila berjaya menggegar gawang Singapura seawal minit ke-18. Melalui hantaran silang dari sebelah kiri Mat Yo, Shakir dapat menyambut hantaran penyerang Kelantan itu sebelum melakukan tandukan, yang menggembirakan seluruh penyokong Harimau Malaya di Shah Alam.

Skuad negara melebarkan kedudukan pada minit ke-62 hasil sepakan percuma menarik Safiq dari jarak 25 meter yang gagal dijangkau penjaga gol Singapura, Mohamed Hyrulnizam Juma'at. Safee akhirnya dibawa masuk pada minit ke-64 menggantikan Shakir, namun dia tidak banyak memberikan kesan terhadap jentera serangan untuk mengancam kubu Singapura yang dikawal Baihakki Khaizan.

Malang menimpa Singapura apabila Mustafic Fahrudin dilayangkan kad merah pada minit ke-67 kerana melakukan terjahan keras ke atas Mat Yo.  Bunyamin bek kanan negara yang telah menerima kad kuning bernasib baik kerana tidak-balas beliau yang menolak Mustafic Fahrudin yang mengasari Mat Yo tidak dihadiahkan kad kuning kedua. 

Ini menyebabkan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic berang kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pengadil Thailand, Teetichai. Walau bagaimanapun tindakan pengadil Thailand itu yang berada berhampiran tempat insiden adalah bijak dan boleh difahami kerana Mustafic Fahrudin memang dilihat sengaja menjatuhkan diri, mengelupur dan menekup muka walaupun cuma ditolak oleh Bunyamin. Pastinya beliau yang sedar kekasaran yang telah dilakukannya terhadap Mat Yo agak serius cuba mengalih perhatian pengadil dan mengharapkan agar Bunyamin mendapat kad kuning kedua. 

Apa yang pasti, taktik kotor sebegini yang selalunya berhasil kali ini tidak menjadi. Walau bagaimanapun para pemain kita terutamanya Bunyamin wajar menjadikannya suatu iktibar supaya jangan sesekali bertindak balas apabila dikasari oleh pemain lawan!!

Jangan disebabkan tindakkan bodoh anda, kita berputih mata dan terpaksa bermain 10 orang. Walaupun Bunyamin telah bermain baik sepanjang perlawanan malam tadi, sifat marahnya hampir membawa padah buat skuad negara. Semoga semua pemain Harimau Malaya belajar daripada insiden tersebut. Ingatlah nasib tidak selalu menyebelahi kita!!!

4 comments:

  1. yg saya tengok semalam yg pemain naturalisasi punyalah ramai takkan tu bukan skuad utama.....kalau dah kalah tu mcm2 alasan diberi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..rata2 pemain singapura semalam adalah pemain import mereka..dah kira first 11...yang pasti Harimau Malaya semalam bermain dengan penuh semangat Malaysia..lihat gelagat Shafiq celebrate goal..penuh semangat tayangkan Jalur Gmilang kat baju dia..terbaik !!!!!!!!!!

      Delete
  2. saya lihat bunyamin cuma menunggu apabila qiu-li memmegang bola. langsung tidak cuba merampas. sebab itu qiu li selalu dapat membuat hantaran ke tengah. dia sepatut tidak membiarkan qiu li membuat cross. kalau la main macam tu kalau main dengan jepun,korea or even singapura pun jika ada pemain tinggi mudah aja mereka memnanduk ke gol. cuba lihat pemain profesional , selalu back kanan atau kiri akan selalu cuba merampas atau sekurang nya rapat dengan pemain supaya mereka tidak dapat membuat cross. Rajagobal,,cuba terap tatktik begitu ..hanya tunngu tanpa langsung cuba merampas bola.

    ReplyDelete
  3. jurulatih Thailand??

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3