Makan malam dengan PM sempena perasmian Seminar Antarabangsa "Fiqh Mentaati Pemimpin" di PWTC. Berseminar dari 16 - 17 Jun.
Apabila rakyaat Iraq dibom oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dengan beratus2 tan bom pada setiap hari dan telah membunuh ratusan ribu rakyaatnya di manakah "Human Right Organisation" ???
Kini apabila pemberontak diperangi di Syria dan beberapa ratus rakyaatnya termasuk wanita dan kanak2 terbunuh, human right cuba menjadi jaguh.
Bukan penulis menyokong kezaliman, tetapi umat Islam wajar melihat isu ini dengan penuh waspada, jangan sampai kita termasuk jerat musuh2 Islam. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
Yang pasti serangan pihak bersekutu terhadap Iraq sehingga kini lebih banyak buruk daripada baiknya. Sehinggakan negara yang dahulunya makmur dan aman menjadi padang jarak, padang terkukur.
memang merbahaya. bukan sahaja di bumi arab sana tapi juga di bumi bertuah ini. kita kena berwaspada. lebih bahaya jenis musuh dalam selimut. semoga Allah memlihara Malaysia dari tangan2 pembangkang yang hati busuk dan juga dari perkara2 yang tak elok. InsyaAllah
ReplyDelete