KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman 18 tahun penjara terhadap seorang warga emas yang didapati bersalah merogol anak tirinya empat tahun lalu. Hakim Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Haron Mamat, 74.

Pada 17 Disember 2009, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman selepas tertuduh didapati bersalah merogol anak tirinya yang berusia tujuh tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Pantai Geting, Tumpat, antara 4 dan 7 petang, 19 Januari 2009.

Dapatkan laporan lanjut di Sinar Harian edisi esok


Komen Isac;

Ada baiknya Kelantan mempercepatkan perlaksanaan hukum di negeri tersebut.

Jangan ada pula yang bagi alasan nanti bahawa mereka yang selalu berbuat jenayah bukannya ahli2 dan penyokong Pas, tetapi sebaliknya adalah ahli dan penyokong2 Umno.

Sekiranya dakwaan tersebut betul sekalipun sebagai kerajaan negeri, Pas bertanggung-jawab ke atas semua anak negeri dan warga negeri tersebut.