bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Jun 2012

Pembohongan Pakatan Rakyaat Terhadap Bahaya Lynas Terbongkar???


Dewan Rakyat menyaksi kan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.

Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.

Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor yang merupakan seorang pakar nuklear bangunan mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.

Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ‘ kepak habis’ gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.

Sebelum itu sejurus selesai Pengerusi jawatakuasa khas it, Datuk Seri Khaled Nordin selesai membentangkan laporannya yang kata kilang itu selamat, para Ahli Parlimen pembangkang berlumba bangun membahaskannya.


Laporan itu antara lain mengesyorkan lesen sementara di beri kepada Lynas agar ia dapat beroperasi dengan seliaan agensi penguatkuasa berkenaan sebelum lesen selanjutnya diberi.

Para Ahli Parlimen pembangkang boikot menyertai jawatankuasa berkenaan.Oleh itu ia hanya disertai oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Bebas sahaja.


Dr Rosli sebelum ini beberapa kali telah menyatakan pandangannya bahawa tahap radiasi kilang Lynas selamat.

Namun tiada siapa menduga beliau ‘ lepas geram’ bangun mencelah di tengah perbahasan di Dewan Rakyat Selasa untuk pertikai pandangan rakan-rakan Ahli Parlimen pembangkang lain.-LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL – 20/6/2012



Komen Isac;

Alamat kena buang pulak Dr Rosli gamaknya kerana "menyanggah" keputusan dan fitnah parti.

1 comment:

  1. hassan kena buang kerna agama....kot nanti rosli kena campak pasal ekonomi...pergh !!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3