Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.
Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.
Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok – beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).
Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.
Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.
Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.
Di antara Mac hingga Mei 1998, beberapa rusuhan besar berlaku. Antaranya rusuhan di Medan dan Yogjakarta yang berlaku hampir serentak bermula 4 Mei hingga 8 Mei 1998. Beberapa korban nyawa melayang dan banyak harta benda musnah terbakar.
Hampir seminggu kemudian, Tragedi Trisakti pula berlaku hampir serentak dengan peristiwa pembunuhan besar-besaran terhadap kaum Tionghoa Indonesia pada tanggal 12 Mei hingga 15 Mei 1998.
Gedung beli belah, kedai dan kediaman kaum Tionghoa di ceroboh kemudian dibakar manakala gadis-gadis di perkosa dan dibunuh kejam. Dianggarkan lebih seribu nyawa melayang dan ribuan lagi cedera sewaktu konflik itu berlangsung.
Berpuluh ribu lagi kaum Tionghoa meninggalkan Indonesia menyelamatkan diri dari amukan dan keganasan tika itu. Pembaharuan dan perubahan politik yang dituntut secara gerakan jalanan nyata tidak seindah yang diangankan oleh ramai pihak.
Ramai yang lari ke Malaysia dan Singapura dengan membawa banyak barangan berharga di samping kisah-kisah sedih yang berlaku.
Mereka ini kemudiannya menyebarkan cerita yang berlaku secara lisan kepada orang Cina di Malaysia dan Singapura sehingga menimbulkan rasa gerun di kalangan penduduk negara jiran.
Walaupun demikian keributan yang berlaku, penggerak reformasi dari kalangan pemimpin politik dan mahasiswa Indonesia terus menerus mengadakan rapat umum besar-besaran di Surakarta, Medan, Bandung, Monas, Yogjakarta dan Jakarta mendesak Presiden Soeharto segera mengundur diri.
Pada tanggal 21 Mei 1998, Presiden Soeharto membuat pengumuman mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan. Penggantinya, Prof. Bacharuddin Jusuf Habibie (BJ Habibie) akhirnya mengambil alih jawatan tersebut sekalipun menerima bantahan dari ramai kelompok mahasiswa.
Biarpun umumnya kejatuhan Soeharto dianggap kejayaan penting hasil gerakan reformasi jalanan yang dipelopori golongan mahasiswa, natijahnya selepas itu pucuk pimpinan bersilih ganti dan terpalit dengan pelbagai cabaran.
Pertembungan dan pergeseran antara etnik dan agama kian memuncak. Tunjuk perasaan dan gerakan jalanan masih berterusan, korban sengketa dan ledakan bom bertukar ganti saban bulan.
Kelihatannya, sinar kedamaian dan perubahan indah yang diimpikan kian jauh sayup mata memandang. Kini, 14 tahun berlalu rata-rata rakyat Indonesia seia sekata gerakan reformasi telah mengalami kegagalan total.
Dan ramai berpendapat, reformasi hanya indah dari rupa. Kerana kebodohan dan kerakusan pihak tertentu yang berkuasa, beribu nyawa melayang tanpa sebab dan ada antaranya di penggal kepala mereka hanya kerana perbazaan agama dan kaum.
Mahukah kita melihat api reformasi gila ini menyala di Malaysia? Sumber klik sini.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.