bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Jun 2010

Sukhoi Tarikkan Hari Terbuka TUDM di Gong Kedak Khamis Dan Jumaat Ini!!! Bolehlah Bawa Anak-anak Ke Sana!!!



Gambar hiasan Sukhoi. - Foto AFP


BESUT: Pesawat pejuang Sukhoi (gambar) milik Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka menjadi tarikan pada Hari Terbuka dan Kesihatan Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak di sini Khamis dan Jumaat ini.

Pegawai Perhubungan Pangkalan, Kapten Hasrul Taufek Roslan, berkata pesawat buatan Rusia itu akan membuat lintasan udara pada 9 pagi dan 2.30 petang pada Khamis dan pada 9.30 pagi dan 3 petang pada Jumaat.

Hari Terbuka itu juga akan dipenuhi dengan pertunjukan tempur tanpa senjata anggota TUDM, persembahan pancaragam, persembahan pesawat kawalan jauh, kawat kaki dan demonstrasi Bomba Pangkalan.






Turut diadakan juga acara sukaneka, pameran, Forum Perdana Ehwal Islam pada 9 malam Khamis dan persembahan kebudayaan dan kesenian pada 9 malam hari kedua.

Hasrul Taufek berkata orang ramai khususnya penduduk Besut dan Pasir Putih dijemput hadir. - BERNAMA

1 comment:

  1. boleh buat bisnes ni, jual kapas, sumbat masuk tingerrr... hehehehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3