bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Jun 2010

Hasrat Pakatan Untuk "Megenepikan" Tian Chua Untuk Satu Lagi PRK Gagal???

Kes Tian Chua: Hakim tidak akan semak keputusan
http://www.malaysiakini.com/news/135076
Hafiz Yatim
Jun 21, 10
9:26am

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.
Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.



Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'

Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari.

Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.

Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.

Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi mengenalkan sabit kesalahannya tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Tian memberitahu pemberita pagi ini bahawa beliau masih lagi ahli parlimen Batu.

Peguam dilihat masuk ke kamar hakimpada jam 8.45 pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan sama ada keputusannya minggu lalu telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen Batu.

Berdasarkan kepada penghakiman Ghazali Khamis lalu, ramai peguam yang berpendapat Tian Chua perlu mengosongkan kerusi parlimennya dan beliau juga dilarang bertanding bagi tempoh lima tahun.

Peguamnya gagal menemui Ghazali Jumaat lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Ia membabitkan interpretasi Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan berhubung pembatalan kelayakan seseorang ahli parlimen.

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakankan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.

Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan.


Komen Isac;

Menurut mahkamah hakim mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman menurut budi-bicaranya kecuali dalam kes-kes hukuman mati adalah hukuman "mandatori". Jestru itu, PRK tidak perlu diadakan???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3