bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Jun 2010

Sekitar Muktamar Pas - Abdul Halim Abdul Rahman Akui Selangor Bakal Pulang Ke Pangkuan BN Dalam PRU 13???

PAS: Pakatan berpotensi tumbang di S'gor
Jun 13, 10 12:33pm
http://www.malaysiakini.com/news/134403


Pakatan Rakyat berpotensi tewas di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya trend kemerosotan undi Melayu dan India di Hulu Selangor berterusan, kata Pengarah pilihan raya PAS, Abdul Halim Abdul Rahman hari ini beliau menyuarakan kebimbangan itu ekoran kemerosotan 6 peratus undi Melayu dan 10 peratus undi India dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu April lalu.

"Kalau trend ini berterusan, kerajaan Selangor dan PAS hanya akan tinggal 2 kerusi sahaja di negeri itu," katanya.

Menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Halim berkata penentuan kemenangan dalam pilihan raya akan datang bergantung kepada sokongan 4 juta orang muda yang masih belum mendaftar mengundi.

Beliau juga mengingatkan kerajaan di negeri-negeri Pakatan dapat memainkan peranan bagi "membantu" menggerakkan parti di negeri masing-masing.

"Kekuatan di Kedah dan Selangor tidak sama seperti di Kelantan. (Ia) jauh kerana di Kelantan kerajaan banyak tolong gerakkan parti," katanya.

Mengulas fenomena di Kelantan - negeri kubu kuatnya - pula, Abdul Halim berkata, berdasarkan kemerosotan sokongan 6.3 peratus dalam pilihan raya DUN Manek Urai, PAS kini bergantung kepada 24 kerusi bagi mempertahankan penguasaan di negeri itu,

Beliau juga berkata, 18 lagi kawasan dalam negeri itu masih dikira "kawasan kelabu."


Komen Isac;

Bukan semua orang politik, yang bercakap benar, walaupun mreka yang memakai kupiah dan serban.....Yang tak pakai kadang-kadang lebih baik....  Tetapi dalam kes di atas Abdul Halim Abdul Rahman terbukti telah bercakap benar...

3 comments:

  1. Sebenarnay orang dan ahli ahli biasa dalam PAS sudah kena tipu oleh pepimpin tertinggi PAS...ni baru sikit bila dah dapat kuasa saham kat menantu, kroni ahli biasa gigit jari baru tau kepimpinan melalui ULARmak.....Padan muko kao setannnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. Salam 1Malaysia bro,

    cakap dari rasa kecewa segelintir pemimpin PAS memang begitu, ramai antara mereka yang sedar bahawa keputusan parti banyak yang telah silap namun tetap mendiamkan diri kerana takut.

    Dewan Himpuanan Penyokong PAS(DHPP) juga merupakan senjata atau jarum DAP untuk merosak PAS dari dalam secara senyap...tetapi oleh kerana taksub mengejar kuasa maka PAS tidak sedar akan perkara itu.

    ReplyDelete
  3. tak semua org suka kita bercakap benar...tetapi kita kena selalu benar dan berbicara atas nama kebenaran.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3