bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Jun 2010

Parlimen Batu Mungkin Ada PRK Akibat "Kesilapan Teknikal" ???

Status Chua: Peguam jumpa hakim
http://www.malaysiakini.com/news/134870
Jun 18, 10 10:51am

Ketidak-pastian terus menyelubungi nasib Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis, tiga tahun lalu.

Pegu

amnya berharap dapat menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, Datuk Ghazali Cha bagi mendapatkan penjelasan.

Ini kerana sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu yang nama sebenarnya Chua Tian Chang telah hilang kelayakkannya berikutan hukuman berkenaan.

Status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Kontroversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

M

engikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu.”

Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu.

Menurut timbalan pendakwa raya, Ishak Mohd Yusoff, Tian Chua terpaksa menyerahkan kerusi Batu kerana dia didenda RM2,000.

Ba

gaimanapun pengerusi jawatankuasa perlembagaan, Majlis Peguam, Edmond Bon berkata terdapat dua interprestasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda “RM2,000 atau lebih”, dan kedua ialah denda “RM2,000 atau kurang” yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai MP.

"Apabila terdapat kesangsian dalam banyak kes, kelebihan kesangsian itu diberikan kepada tertuduh,” katanya.

"Justeru, Tian Chua tidak sepatutnya hilang kerusinya. Lagipun, hakim telah berkata beliau ingin mengelakkan pilihan raya.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Ma

hkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3