bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Mar 2010

YB Zul, Berapa Lama Lagi Mahu Bersama PKR???


Drama Zulkifli Nordin VS PKR berterusan

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Episod terbaru Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin bertindak keluar dari mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya jam 3 petang Khamis. Sejurus keluar beliau mengadakan sidang akhbar menyuarakan rasa kesalnya kerana parti itu telah menolak permintaannya agar semua ahli jawatankuasa itu terdiri dari mereka yang bersama Islam.

Seperti datang mengadap kali pertama pada Isnin lalu,beliau muncul di pejabat itu dengan menaiki motosikal kapcai. Zulkifli berkata permintaannya mahu ahli jawatankuasa itu terdiri dari mereka yang beragama Islam itu semata-mata kerana beliau akan dibicarakan atas isu kalimah Allah.

Beliau dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Aolam,Khalid Nordin berhubung isu kalimah Allah. Beliau mendakwa ini semua gara-gara mainan ‘ firaun kecil’ dalam parti itu. “Saya tak rela dibicarakan oleh bukan Islam.Sebab itu saya memilih keluar dari dibicarakan oleh mereka,” katanya.

Katanya beliau masih sabar dan bagi parti masa untuk tukar ahli jawatankuasa. Menurut Zulkifli setakat ini beliau masih setia lagi kepada parti. Namun,katanya,beliau akan membuat suatu keputusan sekiranya ahli jawatankuasa itu masih tidak ditukar kepada semua orang Islam.

Serentak dengan itu beliau mendakwa sengaja tidak dijemput untuk menyatakan ikrar taat setia bersama 12 orang ahli parlimen PKR yang lain Rabu. “Mereka putar belit kenapa saya tidak hadir. “Saya tidak akan keluar (parti) tapi saya tidak akan kompromi dalam hal agama,”tegasnya.

Ditanya tidakkah beliau ibarat duri dalam daging bagi PKR kerana masih berada dalam parti lagi,beliau berkata," mereka yang duri...saya ni daging." Beliau meninggalkan kawasan ibu pejabat PKR itu selepas selesai mengadakan sidang akhbar.-4/3/2010




Komen Isac;


Tunggu sahajalah apa keputusan YB Zul selepas ini. Adakah dia akan berpeluk-peluk dengan YB Khalid Samad, terus bersama PKR ataupun terus meninggalkan PKR, hanya beliau yang tahu. Yang jelas, walaupun dalam demokrasi suara ramai adalah paling penting, tetapi dalam kehidupan berlandaskan agama dan akidah yang jitu, pendapat ramai tak semestinya "benar".

1 comment:

  1. merah itu saga6 March 2010 at 18:01

    Cukup2 lar main wayang tu zul ooooi..hang tu hipokrit, syok sendiri, ingat mcm dh bagus sangat..kalo hang ikhlas, dh tahu kat keliling hang tu byk kerengga, yg hang pi tunggu kat situ lagi siapa suruh !! Pi lar, hang nk bersaing kah dgn mentor hang tu nk jadi aktor terbaik? Hang takkan menang punya!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3