bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Mar 2010

Rezeki Anuar Manan....



http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=48144810
Mac, 2010 22:43 PM

Terengganu Hadiahkan Wang Tunai RM10,000 Dan Tanah Kepada Anuar Manan

MARANG, 10 Mac (Bernama) -- 'Raja Pecut' Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LtdL) 2010, Anuar Manan bakal menerima durian runtuh selepas kerajaan Terengganu bersetuju menghadiahkannya wang tunai sebanyak RM10,000 dan sebidang tanah sebagai ganjaran kejayaannya.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sebagai menghargai jasa pelumba basikal sensasi itu mengharumkan nama negeri dan negara pada LTdL yang berakhir Ahad lepas.

"Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pelumba basikal dunia Azizulhasni Awang sebagai mengiktiraf kejayaannya. Kejayaannya merupakan satu sejarah kepada negara," katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata tanah yang akan diberi kepada anak jati Kuala Ibai itu terletak dalam kawasan Kuala Terengganu.

Katanya kerajaan negeri juga bangga kerana ramai jaguh lumba basikal negara berasal dari Terengganu.

Selain Anuar, tujuh lagi anak negeri itu bertanding pada LTdL baru-baru ini, katanya.

Berasaskan faktor itu Ahmad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan sendiri untuk bertanding pada LTdL akan datang.

Ahmad sebelum itu menziarahi Mohd Naimnudin Kassim, 33, yang menderita sakit lumpuh di Kampung Gong Nangka di sini. Beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 dalam bentuk peralatan kepada Mohd Naimnudin.



-- BERNAMA



Komen Isac;

Ini membuktikan bidang sukan kini telah menjadi profession yang menjamin masa depan. Ayuh anak2 Malaysia harumkan nama negara di pentas dunia.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3