bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Mar 2010

Kereta Konsep - Proton "EMAS"

PENASIHAT Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pengerusi Italdesign Giugiargo, Giorgetto Giugiaro (tengah) melihat kereta Konsep Global Proton, Emas (empat pintu) pada pelancaran tiga jenis model kereta berkenaan pada pertunjukkan Permotoran Geneva ke-80 di Geneva, hari ini. - Foto Bernama
GENEVA: Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri Emas, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin.

"Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang," katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini, hari ini.
Siri Emas, akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”, pada masa ini menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

"Dari luar ia nampak sangat kecil, namun dalamanya bersaiz SUV. Daripada sudut pandangan pemandu ia sangat selesa," katanya. Syed Zainal berkata, Proton mendengar pandangan pelanggan untuk memastikan pembangunan kereta global yang memenuhi keperluan dan jangkaan mereka.

Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata pada pelancarannya, memenuhi jangkaan global adalah cara yang penting dalam pembangunan pasaran pembuat kereta nasional mulai sekarang.

"Kami menyedari bahawa pasaran domestik sangat terhad dan ia adalah permulaan baru untuk kami. Dan bagi Proton untuk melangkah ke depan, kami perlu memasuki pasaran yang lebih besar," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3