bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Mar 2010

DSAI Tak Mahu Dituduh Sengaja Melambat-lambatkan Perbicaraan.....


KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan untuk memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat adalah bagi mengelakkan pihak pembelaan dituduh sengaja melengah-lengahkan perbicaraan kes itu.

Antara peguam yang mewakili pasukan pembelaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, S N Nair, berkata selepas berbincang dan membuat penelitian, pihaknya membuat keputusan menarik balik rayuan itu supaya perbicaraan kes liwat anak guamnya dapat diteruskan.
“Walau apapun keputusan hakim berhubung rayuan memohon Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri seperti yang dikemukakan sebelum ini, pasti ada pihak iaitu sama ada pembelaan atau pendakwaan akan memfailkan semakan jika kami atau mereka (pendakwaan) kalah. “Lihat saja perkembangan kes ini di mana kami seperti dituduh cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat Anwar.

“Kami tidak mahu dituduh sengaja melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat berkenaan dan pasukan pembelaan yakin untuk meneruskan perbicaraan kerana mempunyai kes yang kukuh,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Online di sini, sebentar tadi.
Komen Isac;
Baguslah kalau dah insaf.....Tiada gunanya melambat-lambatkan perbicaraan jika DSAI sememangnya tidak bersalah. Buktikan semuanya di mahkamah.....Tidak perlulah menjaja kes ini di laman-laman blog, web maupun di padang-padang dan dewan-dewan.....Penulis percaya taktik DSAI yang selama ini dilihat sebagai sengaja mahu melambat-lambatkan perbicaraan kes ini hanya akan memakan diri beliau sendiri.....
Kembalikanlah "timbang-tara keadilan" kepada mahkamah untuk memutuskannya...

2 comments:

  1. Elok bebenor jangan menyusahkan semua pihak atas tindakan tidak beretika.
    Lawan tetap lawan barulah pejuang namanya bukan mcm ular suka lari dalam semak.
    Kalau dah rasa ada bisa jangalah simpan keluarkan segala bisa yang ada baru menyengat.

    ReplyDelete
  2. Anuar sudah tiada masa lagi kalau dia masih bermain dengan tangguh tangguh lagi kemukinan dia terlepas semua nya aku ingat kemukinan DS Najib akan buat PRU 13 awal dari sepatut nya kerana kalau di lihat dari sokongan PR muking tipis utk menang kemukinan kelantan akan tergolek dog Rakyat sudah tidak senang dengan cara PR memerintah 4 negeri tiada apa yg dibawa dalam pemerintahan PR hanya ceramah ceramah tiada apa apa pun nak dibanggakan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3