bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Mar 2010

Istimewanya Layanan Untuk DSAI....

Jangan nanti pencuri telor ayam pun nak tuntut keistimewaan macam Anwar…


http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Detik yang dirakam diatas ini boleh dicatat dalam buku Malaysia Book of Records.Apa nak kata sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah cipta rekodnya yang tersendiri. Mana ada orang di Malaysia yang ketika memberi keterangan polis disaksikan oleh wartawan dan jurugambar.

Memang untung Penasihat PKR ini sekalipun lanyak sana sini sistem kehakiman,perundangan negara dan polis masih mendapat keistimewaan begini. Siapa tahu nanti mereka yang kena tangkap curi telor ayam pun nak tuntut buat publicity stunt begini. Kalau Anwar boleh mengapa orang lain tak boleh?

Senario diatas dirakam semasa Anwar memberi keterangan kepada lima anggota polis di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi Khamis . Keterangan itu berhubung ceramahnya dalam empat acara berasingan di Pulau Pinang bulan lalu menyentuh kes pembunuhan Altantuya, kes jet hilang, penyalahgunaan kuasa berhubung pembelian kapal selam dan kes liwatnya.

Ini ekoran daripada empat laporan, tiga dibuat oleh polis sendiri dan satu lagi dari seorang “rakyat prihatin.” Keempat-empat kesalahan itu didakwa dilakukan di Kepala Batas, Seberang Jaya, Batu Maung (Bayan Baru), Kampung Padang Tembak (Bukit Bendera) dan Kubang Semang (Permatang Pauh). Kira-kira 50 wartawan jurugambar dibenarkan mengambil gambar dari luar bilik kaca itu. Prosiding mengambil keterangan itu berlangsung kira-kira sejam.Ia bermula sejurus anggota polis itu tiba jam 11.30 pagi .

Para wartawan dan jurugambar itu dijemput oleh ibupejabat PKR yang awal-awal memberitahu mereka dibenarkan merakamkan prosiding itu. Ibupejabat PKR sudah atur prosiding beri keterangan itu dibuat dalam bilik berkaca itu untuk kemudahan wartawan dan jurugambar melihatnya. Anwar ditemani oleh peguamnya Yusmady Yusof dan R Sivarasa.

Ia satu sejarah kerana sebelum ini belum pernah prosiding memberi keterangan polis ini disaksikan oleh wartawan dan jurugambar.
Bercakap pada sidang media selepas itu Anwar seperti biasa mendakwa ia salah satu usaha pemimpin UMNO menggunakan polis untuk menekan pemimpin-pemimpin parti pembangkang.-

“Apabila pemimpin yang bersikap diktator merasa terdesak mereka biasanya menggunakan pelbagai langkah untuk menekan, termasuk menggunakan polis,” katanya.11/3/2010.
Anwar punya hal...semuanya jadi serba boleh… Hal begini memang bukan menjadi amalan…namun zaman sekarang ini semuanya dah jadi serba boleh. Ibupejabat PKR Rabu menghantar jemputan kepada media untuk melihat prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan pada polis berhubung kandongan ceramahnya di seluruh negara menyentuh kes liwatnya yang didakwa menghina mahkamah.

Menurut email kepada media polis akan ambil keterangan itu jam 11 pagi Khamis di Aras 3, Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya.
Kata email itu jurukamera berpeluang merakamkan prosiding soal siasat tersebut.

Difahamkan prosiding itu akan dibuat dalam bilik kaca untuk membolehkan gambar diambil. Mengikut amalan biasa prosiding polis ambil keterangan dibuat dalam bilik tertutup dan jurugambar tidak dibenar merakamnya. Namun setakat ini tidak pasti samaada pihak polis sendiri akan memberi kebenaran atau tidak pada jurugambar merakamnya. Kata email itu lagi selepas itu media boleh mendapatkan respon dari Anwar sendiri berkenaan prosiding keterangan polis itu yang didakwannya tindakan terbaru pihak polis demi menghalang beliau dari mempertahankan dirinya yang difitnah kali kedua.

Sebaliknya apa yang menjadi persoalan ramai ialah bagaimana Anwar dengan bebas bercakap menyentuh tentang hal-hal berkaitan kes liwatnya yang sedang dalam perbicaraan. Dari sudut perundangan ia satu perbuatan yang menghina mahkamah. Beberapa laporan polis telah dibuat keatas kandongan ceramahnya.-10/3/2010

Komen Isac;

Apa nak buat....Dalam negara ni DSAI adalah Sultan tanpa Tengkolok. Apa yang dia buat semuanya betul....Orang lain semua salah.....Orang lain semuanya mahu "mensabotaj" beliau. Semua teori konspirasi...."Sultan tanpa Tengkolok", itu "title" yang dikatakan sesetengah orang terutamanya oleh pembangkang kepada Tun Mahathir dahulu....Itu pada pendapat penulis masih dapat menerimanya kerana Tun Mahathir adalah PM dan orang yang bertanggung-jawab mentadbir negara. Tetapi DSAI hanyalah Ketua Pembangkang yang telahpun hilang sokongan partinya sendiri tetapi sebaliknya mahukan semua orang "tunduk dan patuh" kepadanya.... Pendapat anda bagaimana?

4 comments:

  1. Anwar naik lemak sebab minda sesetengah orang masih anggap dia Timbalan Perdana Menteri..Padahal Anwar sudah lain dari dulu. Teruskanlah membelai Anwar. Sampai negara tergadai.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan tidak adil dan berat sebelah kerana benarkan mangkok ayun ni dapat keistimewaan sampai begitu sekali.

    ReplyDelete
  3. Bayangkan jika Anwar menjadi PM? Saya rasa kita rakyat biasa ini tidak akan mendapat pembelaan yang adil. Belumpun jadi PM segala keistimewaan diberikan pada Anwar? Jika sudah jadi PM macam mana? Tentulah melebihi daripada yang beliau nikmati sekarang ini. Rakyat biasa macam kita ini adakah akan mendapat layanan seistimewa yang diterima Anwar jika Anwar jadi PM?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3