bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 May 2010

Zuraidah Juga Bakal Menjadi Budak Sindrom Down???

Mei, 2010 14:29 PM
Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=501792

KOTA BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.

"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.

Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.

Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti.

-- BERNAMA--



Komen Isac;

Pertama, mengapa mahu "menghina" kanak-kanak sindrom down??? Mereka tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu? Bukankah ini bermaksud "mengumpat" dan "mencerca" Allah s.w.t? Sebab Allah s.w.t yang mencipta dan mentakdir kejadian mereka begitu!!! Waliyazubillah....

Adakah Zuraidah beranggapan beliau lebih baik dan lebih bijak daripada Professor Dr. Chandra Muzaffar, Dr Hailaili, Lokman Nur Adam dan Ezam? Jestru beliau boleh melebelkan mereka ini sesuka hati?

Jika senarai bekas-bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti ini semakin hari semakin panjang, tidakkah ianya seperti mahu "memberitahu" kita akan sesuatu yang tidak betul tentang PKR? Antara nama-nama pemimpin-pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti; 

1. Dr. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38 .Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) – Updated
39. Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad (Ketua AMK Kelantan)
40. Muhammad Ezri Zainal Abidin (Setiausaha AMK Kelantan)
41. Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

Ada di antara mereka di atas ini adalah merupakan  pemimpin-pemimpin yang sama-sama "mengasaskan" Parti Keadilan, takkanlah tindakan mereka meninggalkan parti yang mereka tubuhkan dibuat semata-mata atas dasar "suka-suka" atau "dibeli"???

Penulis percaya, suatu hari nanti apabila kebenaran "diperlihatkan" oleh Allah s.w.t. di hadapan Zuraidah, diapun pasti akan meninggalkan PKR serta Pakatan Rakyaat.

Adakah waktu itu Zuraidah akan mengaku bahawa dia "kurang akal"??? Mudah-mudahan Zuraidah kembali ke pangkal jalan, amin...





3 comments:

  1. Kenyataan yang begini lah yang menunjukkan betapa kurang hemah, kurang ilmu dan kurang akalnya orang yang ingin menjadi pemimpin..walau pun saya menyokong PR tetapi letak calun yang begini saya akan pangkah parti lawan..

    ReplyDelete
  2. Anak-anak down syndrome dan terencat akal itu dalam kategori Anak Istimewa di Malaysia..jadi mana bezanya..baguslah kenyataannya itu, ia telah menunjukkan betapa tidak cerdik dan berhemahnya Ketua Wanita PKR..
    Tak ada orang lain yagn lebih layakkah ?

    ReplyDelete
  3. hairan apa ,si zuraidah inilah yang peluk cium menangis masa keluar isu bogel dan bersekedudukan si Elizabeth dengan budak melayu hari tu , siap nangis ..wahh ,
    dah tahu perbuatan tu salah , yg dia ni Islam , pakai tudung , yg pegi peluk cium menangis buat apa ? atau sizuraidah ni pun sama perangai ..rela dan setuju dengan perbuatan elizabeth ? ni la contoh melayu biul , melayu tak sedar diri , pengkhianat dan perosak agama , bangsa dan negara

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3