bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 May 2010

Inkues Teoh - Permohonan Sidang Video Perlu Nyatakan Sebab Sebenar Dr. Pornthip Tidak Dapat Hadir.

Inkues: Permohonan sidang video - 11 Jun
Hafiz Yatim
Mei 20, 10
11:08am

Inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock akan mendengar permohonan daripada kerajaan negeri Selangor yang mahu pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand diberi kebenaran memberi keterangan menerusi sidang video.

Koroner, Azmil Muntapha Abas menetapkan 11 Jun ini bagi mendengar permohonan itu sebelum menangguhkan inkues hari ini. "Mahkamah perlu mengetahui sebab sebenar Pornthip tidak boleh hadir,” katanya.

Pagi tadi, peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor memberitahu mahkamah bahawa Pornthip tidak dapat hadir bagi memberi keterangan.

Bagaimanapun, pakar patologi yang bekerja di Bangkok itu menerusi sepucuk surat Isnin lalu berkata beliau bersedia memberi keterangan menerusi sidang video.

Peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili pejabat peguam negara berkata permohonan itu mesti dibuat dengan cara yang teratur dan ia perlu disokong oleh affidavit.

Azmil berkata inkues juga akan mendengar keterangan daripada dua lagi saksi - ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan peguam M Manoharan - apabila inkues itu bersambung bulan depan.


Komen Isac;

Bayangkan jika sebab yang diberikan kelak didapati mempunyai motif politik ataupun sebagai strategi untuk melengah-lengahkan proses inkues, pihak yang terlibat boleh dipenjarakan kerana "menghina" mahkamah!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3