bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 May 2010

Kes Liwat DSAI: Tiada Percanggahan - Mahkamah Tolak Permohonan Karpal, Sebaliknya Karpal Mungkin Didakwa Hina Mahkamah???

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan Karpal
Mei 12, 10 9:42am
http://www.malaysiakini.com/news/131559

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Berikutan keputusan itu, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Hakim kemudiannya mengarahkan perbicaran disambung.

Karpal tidak berpuas hati dan kemudiannya memohon supaya prosiding ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai masa dari sekarang hingga akhir bulan untuk memujuk Mahkamah Rayuan memberikan tarikh awal.” katanya.

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.


Laporan mStar;
Kes Liwat: Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Dapatkan Kenyataan Bersumpah Saiful
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/5/12/mstar_mahkamah/20100512100226&sec=mstar_mahkamah
Published: Rabu Mei 12, 2010 MYT 10:04:00 AM
Updated: Rabu Mei 12, 2010 MYT 10:06:45 AM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bela utama, Karpal Singh untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah kerana tindakan pendakwa untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut tuduhan lebih ringan tidak boleh dijadikan asas.

Tambahan, tiada percanggahan keterangan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan laporan polis yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur.


Komen Isac;
 
Dengan dakwaan yang lebih ringan, bukankah Karpal sepatutnya bersyukur?

2 comments:

  1. Sedangkan Islam sama Islam kita tidak bolih mempertikaikan kekuatan iman seseorang atau menghukum seseornag itu muslim yang baik atau tidak. Jadi bagaimanakah seorang kafir harbi yang mengatakan supaya langkah mayat dia dulu jika hendak mendirikan negara Islam bolih menilai seseornag Muslim itu baik atau tidak.

    Apakah Singh ini seorang Sikh yang baik kerana tidak memakai serban dan menyimpan janggut ? Harap ada hamba Allah yang berani menemukakan soalan ini kepada Kafir Harbi tersebut.

    ReplyDelete
  2. Mengikut ayat 62 Surah Yaasiin yang bermaksud " Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan". Dalam kes Anuar Ibrahim ni, si KARPAL SINGH nilah yang menyuruh anuar "bertaubat". Memang kafir ni (bukan sahaja kafir terhadap Islam tetap boleh dianggap "murtad" di sisi agama dia) sedang mengambilkesempatan. Itulah padahnya jika kita berkawan dengan Syayatin...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3