bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 May 2010

Jika Penyerahan Blok L & M Dikatakan Sebagai "Penghianatan", Bagaimana Pula Dengan "Penyerahan" Tanah-tanah Milik KTMB (di Tg. Pagar) Kepada Singapura?

Hayat Stesyen KTM di Tangong Pagar, Singapura sampai 1 Julai 2011

Mulai 1 Julai tahun depan mereka yang naik keretapi ke Singapura hanya setakat Woodlands saja dan tidak lagi sampai ke Stesen Keretapi Tanjong Pagar di republik itu seperti sekarang.

Persetujuan ini dicapai dalam pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong di Singapura Isnin.Sebuah syarikat usahasama kedua negara akan membangunkan semua tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di negara itu.

KTMB ada tanah seluas 271 hektar di Singapura.Selain di Tanjong Pagar ia terletak di Kranji,Woodlands dan tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah.

Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang berusia 78 tahun terletak tidak jauh dari pusat bandar yang nilai hartanahnya sangat tinggi.

Tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.

Menurut satu kenyataan bersama pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor di sini.



Komen Isac;

Siapa nak jawab? Berbanding dengan Blok L & M yang sebenarnya lebih hampir dengan negara Brunei, tanah-tanah dalam rezab KTMB ini dah tentu "terang-terang" milik negara. Jadi mengapa perlu kita berkongsi 60:40 dengan kerajaan Singapura?

Kita perlu melihat sesuatu isu itu dalam konteks yang menyeluruh, konteks "menang-menang" dan jangan dipengaruhi oleh emosi...

Menurut perjanjian yang telah termaktub sejak sekian lama, sekiranya KTMB tidak lagi menggunakan tanah-tanah tersebut, maka ianya perlu diserahkan kembali kepada Kerajaan Singapura. Sebab itulah juga tanah-tanah ini telah menjadi isu sensitif sejak beberapa lama.

Sebab itulah mengapa Kerajaan Singapura pada suatu ketika secara halus cuba untuk mengalihkan "CIQ" daripada Tanjung Pagar ke Woodlands. Sejak sekian lama pula Kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya-upaya untuk "mengekalkan" tanah-tanah tersebut sebagai milik negara dengan mengekalkan Stesen keretapi dan "CIQ" di Tanjung Pagar.

Bagi mereka yang berfikiran dangkal,  pasti akan mengatakan penyerahan 40% hartanah "milik" negara kepada Kerajaan Singapura adalah merupakan suatu bentuk "pengkhianatan", tetapi jika diteliti, hak milikan tersebut hanyalah bersifat sementara, iaitu selagi tanah-tanah tersebut digunakan oleh KTMB, jika tidak, ia perlu dipulangkan semula kepada Kerajaan Singapura.

Jestru itu pada pandangan penulis, seperti "penyerahan" blog L & M kepada Brunei yang akhirnya Petronas diberi peluang untuk terlibat dalam eksplorasi minyak di kawasan tersebut secara 50/50, keputusan untuk "berkongsi" tanah-tanah milik KTMB tersebut dengan Republik Singapura adalah keputusan "menang dan menang" sebab kita tidak kehilangan 100% hak milikan terhadap tanah-tanah tersebut kerana kita masih memiliki 60%  daripadanya dan dalam masa yang sama juga berpeluang untuk terlibat di dalam projek pembinaan di Republik itu, yang sudah tentu akan memberikan pulangan yang lumayan. Jika dibiarkan tanah-tanah tersebut terbiarpun sudah pasti ianya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, kerana mengikut perjanjian, walaupun kita memiliki tanah-tanah tersebut, kita tidak boleh membangunkannya selain daripada untuk kegunaan KTMB.

Penulis berpendapat, memandangkan Kerajaan Singapura begitu berkehendakan agar tanah-tanah di kawasan ini dipulangkan kepada mereka untuk dibangunkan, alangkah baiknya jika Kerajaan Malaysia menggunakan kesempatan tersebut sebagai "barganing power" dalam menaikkan "tarif air" mentah yang sejak berapa lama telah dijual ke Republik tersebut dengan harga yang begitu murah.


Berikut adalah artikel versi Utusan Malaysia;

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

“Kita mencapai banyak persetujuan termasuk dalam isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB), kemudahan air yang terkandung dalam Perjanjian Air 1961, mengurangkan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua, meningkatkan lagi perhubungan antara Singapura dan Malaysia dan beberapa lagi,” katanya, yang jelas gembira dengan persetujuan yang dicapai dengan Najib. – Utusan





2 comments:

  1. Salam Isac dan Salam 1 malaysia.

    Kalau kita teliti tersingkirnya Singapura dari Malaysia banyak perkara-kara rahsia yang tidak terungkap.

    Singapura terbuang dan di Singkirkan. Yang mushkilnya kenapa segala perjanjian kebanyakannya menyebelahi Singapura. Apa yang berlaku sebenarnya?...Siapa yang melakar perjanjian itu?...Siapa wakil dari Malaysia dan siapa wakil dari Singapura ketika itu?

    Selepas Singapura tersingkir selama 2 tahun, Singapura menyambut hari kebangsaan masih menggunakan tentera Malaysia di dalam perbarisan hari Kebangsaannya. Mengapa?....

    Air adalah Isu yang sangat sensitif. Sebab itu Singapura telah merancang tidak akan memperbaharui kontrak-kontrak tersebut. Dengan kepayahan dan kegigihan Singapura telah berjaya mengolah Air Baharu (New Water). Walaupun negara ini sebagai tinta merah di peta dunia kata Matan President Habibi (indonesia) tetapi buat masa ini telah berjaya membina 14 kolam air untuk keperluan Rakyatnya.

    Komen Tuan Isac bernas kerana kali ini samaada di Brunei atau masalah dengan Singapura dengan keadaan Menang Menang. Saya rasa bukanlah suatu pengkhianatan tetapi Pak Lah dan DS Najib adalah orang yang bijaksana dan berpandangan jauh. Mereka bekerja dengan tulus tanpa semata-mata retrotik atau gembar-gembur yang melampau.

    "Betulkanlah Yang Biasa
    dan Biasakanlah Yang Betul".

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com

    ReplyDelete
  2. Jika tanah tu milik KTMB, ia juga milik Malaysia.

    Bolehkah PM beri gitu je tanah milik nagara kepada negara luar ?
    Tak perlu persetujuan Agong ?
    Tak perlu persetujuan Parlimen ?

    Lepas ni, ape lagi yg akan diberi kepada jiran ?
    Perlis kepada Thailand ?
    Kelantan kepada Thailand ?

    Sabah kepada Philiphine ?
    Serawak kepada Indonesia ?
    Johor kepada Singapura ?

    Malaysia yg ade sekarang terlalu besar utk ditadbir ?

    ALLAH KNOWS BEST

    PJ

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3