bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 May 2010

Inkues Teoh - 'Pornthip Penipu', Mahkamah Memutuskan Nazri Tidak Bersalah!!!

'Pornthip penipu': Nazri terlepas hina mahkamah
Mei 21, 10 10:52am

Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.
Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.
Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.


Komen Isac;

Ya lah....Dr. Pornthip perlu membuktikan bahawa "kenyataanya" bahawa, "beliau telah dinasihatkan oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut" dan"kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini" adalah benar!!!

Jika tidak siapa tahu bahawa beliau tidak berbohong?

Macam-macam tanggapan boleh dibuat, antaranya kemungkinan beliau malu untuk hadir dan membentangkan hasil bedah siasat kedua yang khabar angin mengatakan ianya bercanggah dengan kenyataan beliau yang terdahulu iaitu, "80% Mendiang Teoh mati dibunuh", sekarang dah tinggal 50/50 ???

Apapun sama-samalah kita ikuti pembentangan hasil siasatan beliau di mahkamah, samada dengan ataupun tanpa kehadiran beliau.


1 comment:

  1. Adakah Malaysiakini ini didaftarkan supaya ia bertanggungjawab atas apa yang diberitakan. Kalau tidak adakah berita yang dikeluarkannya diterima oleh mahkamah sebagai 'legal tender'. Kadang-kadang tidak faham mengapa mahkamah menerima berita dari blog sepagai bukti, wal hal mereka tidak dipertanggung jawabkan atas berita (perbuatan) mereka?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3