bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 May 2010

Lagi Bukti Kecekapan Pihak Polis!!! Juga Kenali & Sayangi Jiran-jiran Anda!!!

Mekanik tidak sedar ada 7 perompak dalam rumah

14/05/2010
KUALA LUMPUR: Seorang mekanik tidak sedar terdapat tujuh perompak dalam rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, pagi tadi sehinggalah polis tiba dan memberkas mereka setelah diberitahu oleh seorang jiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mekanik berumur 40 tahun itu tidur di tingkat atas hanya tersedar apabila polis tiba pada 2.50 pagi dan menyuruhnya membuka pintu pagar yang berkunci.


"Setelah polis memasuki rumahnya untuk pemerikasaan, baru mekanik itu sedar terdapat tujuh lelaki bersenjatakan lima bilah parang sedang bersembunyi dalam bilik air dan di dapur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutupan program Diploma Sains Penyiasatan (DSS) sesi 2008/2009 yang disempurnakan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Razak Bokhari, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.

Khalid berkata, suspek berumur antara 20 dan 30 itu yang tidak memiliki pengenalan diri kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Polis merampas beberapa peralatan pecah rumah seperti pemutar skru, kuku kambing, walkie talkie dan empat telefon bimbit daripada mereka.

Khalid turut memuji tindakan pantas jiran mekanik itu dalam menghubungi polis. "Beginilah yang kita mahu supaya masyarakat terus membantu kita dalam memberi maklumat dengan segera dan cepat supaya polis dapat bertindak dengan serta-merta," katanya. - Bernama



Komen Isac;

Institusi masyarakat perlu ditegakkan setiap masa. Jika ada kelemahan, betulkan dan jangan "dibunuh" mana-mana agensi penguatkuasaan semata-mata kerana ada di antara kita takut "ditangkap" dek "kelicikkan" kita sendiri!!! dan semata-mata kerana politik kepartian sempit!!!

Ingatlah tanpa agensi-agansi penguatkuasaan seperti Polis, Kastam, SPRM, Tentera, Mahkamah, Pendakwaraya dan lain-lain, negara yang kita kasihi ini boleh "runtuh"!!!!!

KETUA Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (dua dari kiri) melihat sebahagian daripada barangan yang dirampas daripada tujuh lelaki ketika hendak menyamun sebuah rumah di Puchong semalam ( Kosmo).

2 comments:

  1. Tahniah kat Polis tuuu...

    kalau depa tak datang,ntah apa jadi kat mekanik tuu.. atau kalau ada perompak tu kena tembak apa pulak keluarga mereka kata !!

    ReplyDelete
  2. IE,

    Kalau degil2 tembak aje...Parang panjang tu... Kalau tembak X kena parang dah sampai leher...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3