bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 May 2010

Husam Nak Tawan Putrajaya - Pas Nak Tawan "White House" ???

Pemimpin Pas ‘hebat’ cari wang
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7665227.asp
KOTA BHARU - Blogger Kikdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abd Aziz mendedahkan beliau mempunyai maklumat bahawa terdapat pemimpin Pas yang ‘hebat’ mencari wang.

Dalam masa sama beliau turut menjelaskan bahawa tindakan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa, yang sebelum ini mengakui terlibat menyumbang dalam penubuhan Syarikat Global Media Channel (GMC) membuktikan wujudnya pemimpin parti yang melaburkan untuk mengukuhkan kedudukan Pas.

“Saya tahu ada pimpinan lain dari Pas juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta untuk tawan Putrajaya, ke manakah wang yang dicari oleh pimpinan Pas lain dilaburkan?” katanya dalam kenyataan dipetik melalui blognya, semalam.

Husam dalam ceramahnya malam kelmarin, dilaporkan mengakui kewujudan GMC yang sebelum ini didakwa Syed Azidi ditubuhkan untuk menjejaskan reputasi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, Husam berkata, penubuhan GMC hanya bertindak sebagai ‘PR media’ yang lebih menjurus kepada konsep perniagaan sama ada dengan Kerajaan Negeri mahupun parti.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, mengakui membayar lebih daripada angka RM40,000 sebagaimana yang didakwa pihak tertentu bagi menampung keperluan syarikat tersebut.

Dalam pada itu, Syed Azidi turut menempelak sesetengah pemimpin Pas yang sebelum ini secara terangan-terangan mengkritik beliau kerana membuat kenyataan terhadap Husam.

“Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang adakah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?

“Mungkin Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Timbalan Speaker DUN Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim, mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua,” katanya.


Komen Isac;

Kalau Husam sudah mendedahkan bahawa duit yang dikumpulkannya akan digunakan dalam percubaannya untuk "menawan" Putrajaya (RM 20Juta), bagi pemimpin-pemimpin Pas yang lain (tentunya lebih banyak wang telah dikumpul disebabkan bilangannya ramai) dana yang mereka telah kumpulkan itu mungkin akan digunakan untuk "menawan" White House.

Siapa agaknya yang bakal menjadi Presidennya ya jika Pas berjaya "merampas" White House? Kaya dia orang ni banyak dana....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3