bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Sept 2010

Peluang Untuk Rakyaat Kelantan Mendapatkan Bekalan Air Bersih???

Projek Langat 2 hanya selepas penstrukturan semula industri air

31/08/2010 8:30

SHAH ALAM 31 Ogos — Kerajaan Selangor akan meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) hanya selepas perbincangan penstrukturan semula industri air dengan pemegang konsesi swasta dan agensi persekutuan diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, kerajaan negeri tidak pernah membantah projek Langat 2 tetapi mempertikaikan mengapa Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan terhadap projek itu.

"Kita menerima Projek Langat 2 tetapi ia tidak perlu dibuat dengan terburu-buru. Sekarang kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

"Kita menegaskan sekali lagi bahawa perlu memberi keutamaan kepada penstrukturan semula industri perkhidmatan air berbanding projek Langat 2,” katanya. — Bernama



Komen Isac;

Jika Projek Langat 2 bukan keutamaan dan boleh ditangguh, apa kata Kerajaan Negeri Kelantan memohon agar peruntukkan kewangan tersebut dipindahkan ke Kelantan??? Lagipun Tan Sri Khalid begitu yakin bahawa Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih menjelang 2014 nanti.

Jangan nanti jika masalah air benar-benar melanda nanti kerajaan BN pulak yang dipersalahkan, sudahlah... Bagi TG Nik Aziz inilah peluang keemasan untuk beliau membantu rakyaat Kelantan menikmati bekalan air bersih yang mencukupi dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3