bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Sept 2010

Pencalonan Timbalan Presiden PKR - Zaid Mendahului

Sep 17, 10 6:59pm

Datuk Zaid Ibrahim setakat ini mendahului senarai pencalonan untuk pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

Pencalonan itu diterima Zaid daripada empat cabang iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Alor Setar.

Beliau diikuti pencabarnya naib presiden Azmin Ali yang setakat ini menerima pencalonan melalui tiga cabang -- Langkawi, Kubang Pasu dan Rantau Panjang.

Sementara itu, pengarah strategik PKR Tian Chua dan Mustaffa Kamil Ayub pula masing-masing mendahului pencalonan bagi jawatan timbalan presiden di cabang Pokok Sena dan Kuala Kedah.

Semua cabang berkenaan menamakan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.

Difahamkam Pengkalan Chepa gagal mengadakan menyuaratnya hari ini atas sebab-sebab yang belum jelas.

Berikut pencalonan untuk kesemua cabang yang bermesyuarat hari ini, kecuali Pengkalan Chepa:


Maklumat lanjut klik sini.


Komen Isac;


Adakah "hubungan" baik Azmin/Anwar akan menjadi penentu kemenangan Azmin? Ataupun ada dikalangan mereka di dalam PKR yang telah muak dengan "cerita" ini dan mahukan orang baru yang dilihat lebih liberal untuk menggantikan Anwar kelak????


Akan berjayakah Zaid menghadapi Azmin? Sejauh mana pengaruh Azmin?? Adakah Anwar akan "menyebelahi" Azmin??? Sama-sama kita tunggu....

2 comments:

  1. Sudah tentu Azmin penyimpan segala rahsia besar anwar akan mencapai kemenangan

    ReplyDelete
  2. Firasat aku akar umbi PKR bukan bangang nak ikut telunjuk Anwar mesti dia orang sokong Zahid...last minute bila bila pencalonan zaid banyak berbanding azmin...mereka guna tektik pencalonan zaid dibatalkan dng kesalahan teknik spt money politik

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3