bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Sept 2010

Hantu Lapar Menyerang Pulau Pinang???

Pesta Hantu Lapar bingitkan masjid di Georgetown

Susan Loone
Sep 9, 10. 2:40pm
http://www.malaysiakini.com/news/142345

Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh di Georgetown Pulau Pinang merayu bantuan Yang di-Pertuan Agong supaya mengarahkan pihak berkuasa yang terbabit segera menghentikan 'pencabulan' sambutan Pesta Hantu Lapar yang menganggu penduduk setempat.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu, Mohideen Abdul Kader satu memorandum akan dihantar kepada baginda bagi mencari penyelesaian sebelum perkara itu menimbulkan masalah lain yang lebih besar.

“Acara yang dijalankan menyebabkan ketegangan kepada penduduk tempatan dan menganggu orang ramai khususnya golongan tua dan uzur,” katanya.

Menurut Mohideen lagi, bunyi muzik yang kuat itu juga menganggu umat Islam yang menunaikan solat di masjid berkenaan.

Jawatankuasanya itu membuat rayuan kepada Agong kerana baginda adalah ketua agama di Pulau Pinang dan tidak mempunyai kepentingan politik atau peribadi dalam perkara itu.

"Persembahan itu tidak mempunyai signifikan budaya ataupun keagamaan tetapi hanya meniru budaya pop Barat,” katanya pada sidang akhbar yang juga dihadiri oleh 30 anggota qariah masjid.

Beberapa pentas juga telah didirikan bagi meraikan pesta itu yang berakhir semalam. Ia didirikan tidak jauh daripada dua masjid yang bersejarah - Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh yang terletak kurang 30 meter dari satu sama lain.
Sejak sebulan lalu, terdapat persembahan di mana gadis muda yang berpakaian menjolokkan mata menyanyikan lagu pop Cina, Inggeris, Melayu dan juga Hindi dengan iringan muzik yang medesingkan telinga.

Menurut Mohideen, agak malang aktiviti seumpama itu dibenarkan ketika Ramadan di mana umat Islam cuba menumpukan perhatian dalam menunaikan ibadat mereka.

Beliau membidas pihak penganjur kerana tidak sensitif dan membelakangkan perasaan umat Islam.


Komen Isac:

Mungkin kerana bulan Ramadhan pun dah tamat, maka aduan inipun akan hanya "dibakul-sampahkan".

Inilah yang juga berlaku di tempat-tempat lain di Malaysia saban tahun apabila menjelang "perayaan hantu". Bunkannya kita mahu mereka ini menghentikan kebudayaan mereka tetapi cukuplah dengan menghormati "budaya" sesuatu kawasan.

Apa yang penulis hairankan mengapa pula perlu "perayaan hantu" ini diraikan dengan mengadakan konsert nyanyian oleh artis-artis dan penari-penari yang memakai pakaian seksi dan mini skirt.

Seingat penulis (masa kecil penulis tinggal di kawasan deretan kedai-kedai Cina), pada zaman itu sambutan perayaanya amat berlainan sama-sekali.  Jiran penulis akan mengenakan pakaian pahlawan ataupun "berlenging" dan beliau bersama-sama beberapa pengikut yang memalu gendang dan "gong" ala cina berarak memburu hantu dengan membawa sebilah pedang sambil menari-nari dan menikam-nikam tempat-tempat yang dipercayai diduduki oleh hantu-hantu. Menurut katanya beliau "memburu" hantu-hantu yang terdapat di simpang-simpang dan di tepi-tepi jalan. Aktiviti tersebut dipanggil menghalau "lok tang".

Sebelah malamnya pula akan diadakan pertunjukkan "opera cina". Tak ada pulak pertunjukkan-pertunjukan nyanyian yang mendedahkan tubuh oleh gadis-gadis genit dan cantik....

Mungkin ianya berkembang mengikut peredaran zaman agaknya..... Apapun, sewajarnya jika kawasan pentas/tokong berdekatan dengan masjid-masjid dan surau-surau, pemantauan perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang salah-faham dan ketegangan di antara kaum.

2 comments:

  1. Agaknye hantu2 Cina skg mcm tu la kot....seksi, muda2, menyanyi pulak berbagai bahasa. Hantu yg tua2 dh masok neraka. Kalau hantu muda2 ni diluar musim perayaan pun bnyk bekeliaran...jantan betina sama jer.

    ReplyDelete
  2. kenalah tolak ansur sikit.... ni baru dalam setahun..dia orang sambut sebulanje perayaan hantu. kalau ada kuil india,,atau masjid kat ngan rumah.. nak buat macam mana... setiap hari bising gak. kita kena bertolak ansur sesama sendiri. lagipun orang cina tak banyak ada perayaan macam kita. deepavali lah..thaipusamlah..maal hijrah..ponggal..hari raya..raya haji.....bla bla bla

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3