bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Sept 2010

Kes Sosilawati - Bukti Kukuh Telah Diperolehi..

Kami Punya Bukti Kukuh Terhadap Suspek Kes Pembunuhan Sosilawati - Polis
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/18/mstar_berita/20100918100718&sec=mstar_berita
 
PETALING JAYA: Polis berjaya mengumpulkan bukti kukuh bagi mensabitkan kesalahan ke atas kesemua suspek yang terlibat dalam kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada Jumaat mengumumkan bahawa laporan lengkap siasatan kes pembunuhan kejam itu dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

Dalam perkembangan lain:

* Polis juga telah menghentikan operasi mencari bahan bukti di tempat pembunuhan, Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting, Selangor bermula semalam.
* Polis turut menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang lelaki warga India di Banting tahun lalu.
* Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu dalam siasatan menjejaki warga India berkenaan.
* Seorang Timbalan Menteri menafikan dakwaaan beliau mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.


Komen Isac;

Semoga mereka yang bersalah akan disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman yang setimpal. "Crime does't pay", semoga ini menjadi pengajaran buat semua...

Jangan pulak ada yang memandai untuk menjadi jaguh dengan membela mereka ini...

1 comment:

  1. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh gedebuk ke tanah.

    Kalau bergelumang dengan jenayah, terimalah risiko ditangkap polis.

    Kalau dah buat jenayah tu tak tau malu, masa kena tangkap polis tau pulak malu sampai tutup muka masa pemberita nak ambik gambar.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3