bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Sept 2010

Suspek Bunuh Dato Sosilawati dan 3 Yang Lain Juga Terbabit Bunuh Cina dan India???

Suspek bunuh Sosilawati dikait - kes orang hilang

Sep 15, 10 5:30pm
http://www.malaysiakini.com/news/142723
Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di Banting hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat Banting.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama timbalan menteri dalam negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira jam 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.


 
Komen Isac;

Bahaya suspek ini, beliau adalah "pembunuh antara bangsa"??? Kalau dibiarkan lebih lama bermaharaja-lela, mungkin lebih ramai lagi rakyaat Malaysia tidak mengira bangsa yang bakal menjadi mangsa!!!!! Moga-moga pihak polis dapat menyiapkan kes dan segala bahan bukti untuk pendakwaan dengan baik dan lengkap bagi memudahkan pihak pendakwa membuat pendakwaan.

Manusia sebegini tidak "layak" untuk mendapat "pengampunan". Penulis tertanya-tanya siapakan pula barisan peguambela yang akan membela suspek apabila pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Apa yang merisaukan penulis, ramai di antara para peguam di negara ini yang membelakangkan "etika" guaman sehingga sanggup membela, memperjuangkan dan membebaskan "penjenayah-penjenayah" demi wang ringgit, "glamour" dan nama...

Kepada peguam-peguam yang semacam ini nasihat dari penulis, jangan disebabkan tingkah-laku anda, profesion/kerjaya ini dipandang rendah dan hina...

4 comments:

  1. Sebab itu saya berpendapat ini bukan kes perkauman. Ini kes orang makan orang. Dia sapu semua bangsa. Saudara sendiri pun dia sapu.

    agbr47: Sepandai-pandai tupai melompat.

    ReplyDelete
  2. Peguam macam ni termasuk yang membela peliwat bila mana dia yang menyuruh mantan PM menyiasat kegiatan homoseksual Anwar Ibrahim menyebabkan kerjaya peguam dipandang rendah.

    ReplyDelete
  3. setuju, ini bukan isu perkauman tetapi pembunuh bersiri. Tetapi, dimana para2 bacul ahli2 politik PKR,PAS & DAP?????.

    Puak2 bacul ni kalau kena atas kepala puak BN, melompat macam kera. Bila kena atas batang hidung sendiri dah jadi macam kura2. kepala masuk dalam.

    PUAK2 DAYUSSSSSS.....

    ReplyDelete
  4. saya menhormati bumiyang malaysia yang tidak timbulkan komen yang menyakitkan hati warganegara hindu malaysia .pada pendapat saya pembunuh itu patut dihukum gantung sampai mati.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3