bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Sept 2010

"Ada Apa Dengan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera", Kata Nurul Izzah ???

Lawan Perkasa Anwar bukan Nurul Izzah, kata Ibrahim Ali

August 31, 2010
 
KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Perkasa hari ini mengetepikan cabaran Nurul Izzah Anwar agar diadakan debat umum mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dengan menegaskan, aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Awal hari ini, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan dan mengundang pertubuhan bukan kerajaan Melayu agar sertai debat.

Dalam reaksinya, Perkasa mendakwa bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoalkan atau dibahaskan oleh mana-mana pihak secara terbuka.

Oleh itu, pertubuhan itu menolak sebarang undangan agar diadakan diadakan dialog secara terbuka.

“Ini (Nurul Izzah) ikan bilis pada saya... budak tak lepas hingus lagi yang tak tahu sejarah perjuangan kemerdekaan. Berhingus pun dah pandai jual maruah bangsa,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar).

Justeru, tambah Ibrahim beliau sebenarnya menentang pendirian bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

“Lawan saya bapa beliau, bukan beliau (Nurul Izzah). Beliau orang kecil,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi SMS hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mengetepikan hujah Nurul Izzah, wakil rakyat penggal pertama, sambil meminta beliau memberi tumpuan ke atas kes liwat kedua bapanya.

“Ini isu yang sangat kecil, minta beliau beri tumpuan terhadap kes liwat bapa beliau atau debat dengan ketua Wiranita (sayap wanita Perkasa). Adakah perbicaraan bapa beliau satu konspirasi?” tambah Ibrahim dalam komennya.

Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga sealiran dengan sentimen Ibrahim dengan menekankan, Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas tentang hak keistimewaan orang Melayu.

“Kebelakangan ini timbul banyak persoalan, banyak hujah mengenai Artikel 153. Bagaimana ini boleh terjadi?

“Anda tidak boleh debat mengenai sesuatu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan,” kata Raihan.

“Malah di Parlimen sendiri, anda perlu memperoleh persetujuan dua pertiga untuk meminda atau bercakap mengenai perlembagaan dan beliau (Nurul Izzah) mahukan debat awam mengenai perkara ini.

“Apa yang orang Melayu layak, apa yang mereka boleh peroleh, semuanya sudah jelas secara hitam putih,” kata Raihan lagi.

Raihan juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa akan menggunakan apa jua cara dalam memastikan tidak sesiapa pun mempersoalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Ia telah diinstitusikan dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) ekoran rusuhan kaum 1969.

Dalam tulisannya, Nurul Izzah sambil menekankan bahawa orang Melayu, yang berada di persimpangan, akan menentukan sama ada Ketuanan Melayu ataupun Ketuanan Rakyat yang bakal mendefinsikan Malaysia.

Perkasa bersama badan induknya, Majlis Perundingan Melayu secara lantang mempertahankan DEB demi mengekalkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa tulisan dan kenyataan juga sealiran dengan pendirian Perkasa dengan menegaksan, DEB masih diperlukan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

Tulisan terbaru beliau disiarkan dalam blognya semalam.


Komen Isac;

Ramai "golongan" elit Melayu, mendidik anak-anak mereka agak kebaratan...Sehingga anak-anak ini membesar tanpa mengenali susur galur mereka... Jestru mereka sangkakan, semua orang Melayu/Bumiputera telah sekaya kedua ibubapa mereka....

Sehingga semua "hak" Melayu/Bumiputera yang dijamin oleh Perlembagaanpun mahu mereka "gadaikan", kononnya kerana malu.... Jadilah anak-anak ini tadi peminpin-pemimpin yang tidak berpijak di bumi nyata... Mereka ingat semua orang Melayu telah tinggal dalam banglo bernilai berjuta-juta RM seperti milik bapa-bapa mereka...

Seperti Izzah misalnya walaupun hakikatnya gaji seorang TPM seperti bapanya, jika dikumpulkan semuanya sekali tanpa dibelanjakan walau sesenpun tidak akan cukup untuk memiliki sebuah bunglo mewah di Damansara pada ketika itu, tetapi itu tidak beliau sedari...

Bagi Izzah yang telah bersuamikan pula kerabat diraja, pastinya belanja untuk kehidupan seharian bukanlah sesuatu yang menyusahkan... Jestru itu apa perlunya biasiswa, pinjaman PTPTN, peluang memasuki matrikulasi, IPTA, bekerja di perkhidmatan awam, GLC, rumah lot bumiputera, tanah rezab Melayu dll...

Mungkin sahaja saham-saham lot bumiputera milik bapanya hasil daripada menjadi Menteri Kewangan dahulu masih bernilai beberapa billion RM....Jestru itu "ada apa dengan hak Melayu/Bumiputera"??? Mungkin baginya 7 keturunan pun belum tentu habis harta mereka...

Apapun penulis sependapat dengan Tok Yem, Izzah bukan lawan beliau. Walaupun beliau anak sulong Anwar, Izzah tidak mewarisi kepetahan Anwar ketika berpidato.... Jadi mengapa Anwar membenarkan Izzah mencabar Tok Yem, tidak lah pulak penulis fahami...




8 comments:

  1. Melampau! Anak dgn bapak memang tak GUNA!

    ReplyDelete
  2. Salam Merdeka bro ISAC,

    pepatah Melayu "bapak borek anak rintik" tepat sekali untuk Anwar dan Nurul Izzah.

    Dua2nya sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan menjatuhkan imej serta keupayaan pertahanan Malaysia di negara lain. Apa jenis pemimpin mereka ini?

    Sepatutnya pihak KDN "jangan tidur lagi" apabila sudah begitu merebaknya ancaman2 kecil yang pasti akan membengkak jika tidak "disapu" lebih awal dengan cecair "anti" barah pada yang terkena.

    Pihak KDN di bawah DS Hisham keluarlah dari tapak pertapaan, janganlah bertapa terlalu lama...pastikan keselamatan dalam negara tidak diperlekehkan lagi oleh pihak2 berkepentingan!!!

    Nurul Izzah telah mempertikaikan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mengenai hak2 dan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera. Pergi jahanamlah kamu Nurul !!!

    Namewee juga sebelum itu sudah beberapa kali mengguris dan melukai hati kaum Melayu dan Bumiputera sehingga berdarah. Pergi jahanamlah kamu Namewee!!!

    DS Hisham, tahan Nurul Izzah dan Namewee di bawah akta ISA!!! jangan bagi amaran lagi...kami rakyat sudah bosan dengan amaran yang Datuk Seri keluar tapi tak ada apa2 juga!!!!

    ReplyDelete
  3. salam ISAC-orang-orang dulu kata kencing dalam tempurung dan ambil bekas itu cermin diri?. awak dapat pelajaran dulu duit pembelanjaan itu dapat dari mana.bukan subsidikah?.malulah sikit sekiranya kita ada maruah.

    ReplyDelete
  4. bodo punye izzah

    ReplyDelete
  5. salam bro,

    orang seperti ini tidak pernah merasa perit hidup sebagai rakyat biasa yang makan gaji. Sifat orang melayu macam ni bila dah berharta jadi angkuh, lupa diri dan tak tahu apa istimewanya hak bumiputra kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. nurul izzah ni ahli parlimen sampah...tengok ajer laa macam mana dia debate dgn rais yatim...bagi soalan pon macam orang bodoh...sama bodoh dengan mak bapak dia...

    ReplyDelete
  7. puihhhh, izzah ni muka nampak decent baik je, dia apa peduli hak melayu ada ke tak de, sbb mak bapak dia kan ada fund dari yahudi laknat, dia ingat semua mudah diperolehi, sbb tu dia tak malu nak cakap mcm tu, sian aku dgn manusia yg nama lahir kat bumi m'sia ni, dia fikir diri dia dan keluarga dia bukan fikir rakyat m'sia org melayu/bumiputera yg masih tahap miskin bertambahan pula orang melayu sekrang anak anak muda yg pelajaran tak de, kerja tak de, merempit serta lari ke lombok, atau jd keldai hitam bawa dadah keluar dr M'sia. Majoriti org melayu tau, ada mak bapak terlebih "sayang" jadi benda benda mcm ni tak patutla nak usik, inilah harta paling bermakna buat orang melayu yg insaf dan masa hadapan.

    ReplyDelete
  8. woi izzah kamu serta keluarga kamu nie memang jenis tak sedar diri.Hai nasib beb anak Al Ju....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3