bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Dec 2013

Letak Jawatan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mahu Sabotaj Najib?

Itu berita angin yang ditiup kencang....

Tapi pada pandangan penulis itu sangat tidak benar. Alasannya Tun Mahathir yang selama ini dikenali sebagai seorang yang vocal tidak mengambil tindakan seperti pepatah lama, "Pukul anak sindir menantu". Lihat sahaja bagaimana beliau mengkritik Tun Abdullah kerana kelemahannya mentadbir negara sehingga akhirnya Tun Abdullah terpaksa memberi laluan kepada DS Najib.

Malah Tun juga telah menegaskan bahawa perletakkan jawatannya sebagai penasihat Petronas adalah kerana beliau mahu mengikuti nasihat doktor yang mahukan beliau berehat.

Perlu ditegaskan untuk seorang yang telah menjangkau usia 88 tahun seperti Tun alasan tersebut rasanya tidak keterlaluan.

Pasti ada yang akan bertanyakan mengapa beliau tidak meletakkan jawatan sebagai penasihat Proton, bagi penulis ianya adalah disebabkan Proton merupakan idea dan buah tangan Tun jestru beliau mahu mempastikan Proton boleh mencapai tahap tertingginya berbanding Petronas yang memang telah mencapai zaman gemilangnya.

Antara bukti mengapa penulis katakan Tun Mahathir berpuas hati dengan kepimpinan DS Najib ialah kerana beliau bersetuju dengan perlantikan MT Umno yang memiloh beberapa tokoh di luar Umno demi untuk mengukuhkan parti.

Sila rujuk http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MT_DrMahathirpujilangkahUMNOlantikpersonalitiluar/m/mArticle


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3