bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Dec 2013

CIDB Malaysia Hanya Mengutamakan Keuntungan dan Berfikiran Jumud???

Penulis mempunyai ramai kawan-kawan yang berkecimpung di dalam bidang pembinaan. 

Menurut mereka sejak beberapa tahun yang lepas CIDB telah mensyaratkan buat mana2 syarikat pembinaan yang mahu memperbaharui lesen mereka perlulah mempunyai mata CCD yang mencukupi yang hanya akan diperolehi dengan menghantar pekerja2 mereka mengikuti seminar berkaitan pembinaan dan pengurusan anjuran CIDB mahupun syarikat2 penganjur seminar yang dilantik oleh CIDB.

Ianya bagi penulis merupakan suatu hasrat yang murni dalam usaha kerajaan meningkatkan kecekapan, kualiti dan mutu kerja kontraktor-kontraktor tempatan.

Flasasafah pembinaan yang mahukan sesuatu projek dijalankan/dibina menggunakan peruntukan/budget yang telah dihadkan, disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan mencapat kualiti yang ditentukan dengan selamat dan kekal untuk tempoh jangkahayat sebagaimana ianya direkabentuk akan hanya dapat dicapai sekiranya buruh2 dan pekerja2 pengurusan pimbinaan adalah terlatih, berpengalaman dan menggunakan teknik dan peralatan yang betul.

Walau bagaimanapun ramai di antara kontraktor yang berasa terkilan kerana CIDB seperti seolah2 hanya mengutamakan faktor keuntungan buat organisasi mereka sahaja. Alasan para kontraktor ada benarnya, kerana mereka telahpun membayar sejumlah wang iaitu beberapa peratus daripada harga projek yang mereka perolehi kepada pihak CIDB, jestru mengapa kursus2 yang mereka ikuti perlu lagi mereka bayar??? Ini tidak berlaku kepada agensi2 kerajaan yang lain seperti beberapa Suruhanjaya yang memberikan seminar pada setiap saban tahun secara percuma. Malahan pembaharuan lesen kontraktor juga dikenakan caj bayaran.

Pihak CIDB juga dilihat seperti berat sebelah di dalam memberikan mata CCD untuk kursus2 dan seminar2 yang dianjurkan oleh agensi2 kerajaan dan swasta yang lain. 

Sebagai contohnya seminar yang dianjurkan oleh CIDB ataupun syarikat yang mereka lantik yang berdurasi selama sehari akan diberikan 10 mata CCD dan jika dua hari akan diberikan 20 mata CCD begitulah seterusnya, tetapi untuk kursus/seminar yang hampir sama yang dianjurkan oleh agensi2 kerajaan/pihak lain seperti Institut Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (Niosh), Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia dan anjuran syarikat2 latihan swasta yang tidak dilantik oleh CIDB hanya akan diberikan 10 mata CCD walaupun durasi seminar/kursus yang diikuti jauh lebih lama dan ada di antaranya berdurasi sehingga seminggu atau lebih. Mata CCD untuk kursus2 tersebut juga perlu dipohon dan tidak diberikan secara otomatik,

Malah lebih mengecewakan, pihak CIDB juga tidak memberikan mata CCD dan mengiktiraf sekiranya ada di antara pekerja2 pihak kontraktor yang melanjutkan pelajaran mereka secara separuh masa di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun Phd, Ini amat menghairankan kerana di kursus2 yang mereka ambil dilihat berkaitan dengan urusan dan boleh mempertingkatkan skill dan qualiti pekerja2 tersebut seperti pengurusan projek/pembinaan, kualiti pembinaan, aturcara dan kaedah pembinaan, aturcaraan komputer berkaitan jadual pembinaan, kos dan analisa projek, kontrak pembinan, pengurusan sumber manusia, pengurusan risiko projek, pembinaan lestari, keselamatan dan  kesihatan pekerjaan dan lain2.

Ianya sesuatu yang ironi kerana apalah sangat yang boleh diperolehi dengan menghadiri 8 jam seminar anjuran CIDB berbanding proses dan pembelajaran yang perlu dilalui oleh pekerja2/kakitangan kontraktor di dalam mencapai ijazah sarjana muda, master dan Phd. yang dilakukan secara separuh masa untuk tempoh 2 hingga 5 tahun. Pastinya mereka ini bukan sahaja akan didedahkan kepada tenaga2 pengajar yang arif dalam bidang pembinaan secara akademik malah kebanyakkan tenaga2 pengajar di peringkat ini adalah merupakan mereka yang pakar dalam bidang masing2, daripada industri yang pembinaan, memegng status professional dan berkelulusan Phd.

Sudah tentu pekerja2/kakitangan kontraktor yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat ini akan dapat belajar dan mempraktikkan ilmu2 yang mereka pelajari dengan lebih mendalam bukan?

Jestru pemikiran jumud oleh pihak CIDB ini menimbulkan persoalan yang besar tentang ke mana kah hala tuju CIDB yang sebenarnya? Adakah  mereka benar2 mahu mempertingkatkan kecekapan, kualiti dan mutu kerja kontraktor di Malaysia? Ataupun mereka sebenarnya hanya berhasrat mahu membuat keuntungan peribadi?

Yang jelas tindakan mereka juga dilihat tidak selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan lebih ramai rakyaat Malaysia memiliki ijazah master dan Phd sebagai salah satu kriteria di dalam menuju wawasan 2020.

Penulis berharap pihak CIDB dapat melakukan sesuatu dengan teguran ikhlas ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3