bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Oct 2011

Liwat II - Gempar!!! Lelaki di Lif Desa Damansara Tempat Anwar Mesyuarat Bukan Anwar???



Kes liwat: Klip CCTV tunjuk Anwar boleh ‘bongkok’, kata pendakwa

TERKINI @ 02:59:51 PM 07-10-2011 Oleh Shazwan Mustafa KamalOctober 07, 2011KUALA LUMPUR, 7 Okt — Pasukan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar keterangan seorang pakar dari Jerman mengenai keadaan sakit bahagian belakangnya sambil mengemukakan rakaman CCTV menunjukkan Ketua Pembangkang itu mengambil satu objek dengan mudah.

Rakaman CCTV yang dikemukakan di mahkamah pagi ini dirakaman di sebuah lif di Desa Damansara pada 26 Jun 2008 — hari Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Rakaman itu menunjukkan Ketua Umum Pakatan Rakyat memasuki lif dan membongkokkan dirinya untuk mengambil beg bimbit dan plastik.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertanya kepada pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland sama ada klip CCTV menunjukkan bahawa Anwar berupaya untuk membongkok tanpa ada tanda yang menunjukkan beliau sakit.

Bagaimanapun Dr Hoogland berhujah balik dengan mengatakan bahawa beliau tidak dapat membuat penilaian tepat memandangkan rakaman dipertontonkan dengan begitu cepat dan beliau tidak boleh melihat air muka wakil rakyat itu.

“Dia kelihatan macam Encik Anwar dan dia boleh membongkok. Saya tidak pernah kata beliau tidak boleh membongkok.

“Beliau rasa sakit ketika membongkok dan beliau perlu melakukannya dengan perlahan.

Di sini anda tidak melihat keadaan itu,” kata Dr Hoogland.

Yusof juga menyoal pakar itu sama ada keadaan fizikal Anwar telah bertambah baik selepas pembedahan pada 2004.

“Ya,” kata Dr Hoogland sambil menambah, meskipun beberapa aspek kesihatan Anwar bertambah baik, artritis semakin buruk.

Komen Isac;


Dalam video seks hari tu Anwar kata lelaki mirip dia tapi sebenarnya bukan dia!!! Dalam rakaman c.c. TV di lif Desa Damansara pula, kata Hoogland lelaki yang membongkok dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit ketika membongkok itu juga bukan Anwar, tetapi mirip wajah beliau...


Dalam dunia ni mungkin ada 7 orang yang serupa Anwar agaknya...


Ini mesti dapat ilham sebab menonton cerita "Jin Notti"...






No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3