bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Oct 2011

"Bersih" Menggegar Britain???


PENUNJUK perasaan mengambil bahagian dalam perarakan melalui Manchester, Britain di mana Persidangan Parti Konservatif dijalankan, semalam. Polis menganggarkan 20,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian, berarak melepasi kawasan yang dikawal ketat di mana Parti Tory pimpinan Perdana Menteri David Cameron berkumpul. Penunjuk perasaan mula meniupkan wisel dan membunyikan hon sambil mengibarkan bendera dan sepanduk pada permulaan demostrasi. (berita lanjut) - Foto EPA. Oct 3, 2011 9:41 am



35,000 berhimpun bantah dasar kerajaan di Manchester
2011/10/03

MANCHESTER: Lebih 35,000 orang menyertai satu perhimpunan di Manchester sebagai membantah tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, David Cameron yang memotong bajet.

Demonstrasi itu diadakan ketika berlangsungnya mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam. Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan itu sebagai 'alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.' “TUC menganjurkan perhimpunan itu bagi menunjukkan bantahan kepada kerajaan dalam menyediakan dasar yang tidak sesuai berhubung pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam," kata TUC dalam kenyataannya.

Polis menganggarkan jumlah mereka yang menyertai perhimpunan itu melebihi 35,000 orang termasuk pekerja sektor awam dan aktivis berhaluan kiri. - AFP
 
 
Komen Isac;
 
Britain sedang menghadapi krisis ekonomi, silap-silap jadi macam Protugal dan Greece... Malaysia yang makmur ni...setengah dari kita pulak seolah-olah mensabotaj ekonominya demi kepentingan politik peribadi...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3