bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 May 2018

Kerajaan Tidak Bijak Jika Pengembalian GST Kepada SST Tidak Dibuat Serentak?


Ketika pertukaran SST kepada GST dahulu ianya dibuat secara serentak. Ramai yg meramalkan harga barang sepatutnya turun memandangkan kadar SST lebih tinggi iaitu sekitar 10-15% berbanding 6% untuk GST. Cuma berbanding cukai SST tidak semua barang dikenakan cukai, cukai GST pula dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan kecuali barangan makanan mentah dan petrol Ron 95.

Walaupun begitu GST telah menyebabkan kenaikan inflasi dan kenaikan harga barang kerana peniaga2 mengambil kira cukai GST yg dikenakan terhadap mereka walaupun cukai tersebut akhirnya dipulangkan semula oleh pihak kastam kepada mereka selepas penghantaran penyata setiap 3 bulan.

Tambahan pula pengguna2 terpaksa menyerap 6% cukai walaupun untuk makan di restoran yang mempunyai turn over 500k dan ke atas pun cukai akan dikenakan, sesuatu yg tidak dikenakan semasa perlaksanaan SST.

Pada pandangan penulis jika pertukaran tidak dilakukan serentak....harga barang tidak akan turun apabila GST dimansuhkan tetapi harga barang mungkin akan dinaikkan pula oleh peniaga2 dan pemborong apabila SST diperkenalkan semula.

Sesuatu fenomena yg biasa kita lihat berlaku apabila golongan peniaga2 mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang2 di atas sesuatu isu. Jika ini berlaku maka rakyaat akan terkena tempiasnya iaitu kenaikan berganda.

Maka ketika itu nanti piapa pula yang kita mahu salahkan kerana DS Najib dan barisan kabinet dahulu sudah tiada lagi untuk dikambing-hitamkan.

Demi kesejahteraan rakyaat, penulis berharap, cetusan penulis ini akan diberikan perhatian.

Sumber klik sini. 

6 comments:

  1. penyokong pakatan bodoh telah dibangangkan

    ReplyDelete
  2. gaji penjawat awam = di guna untuk ganti kutipan gst yg hilang??

    peruncit tak akan turunkan harga.. samer juga nnt..
    harga bukan bergantung kpd penjual, ia bergantung kpd permintaan..

    ReplyDelete
  3. Rakyat nak juga dengar pendapat Pas dlm isu ini? Pendapat rakyat eloklah sekiranya kedua2 GST dan SST dihapuskan selari dgn manifesto. Kalau tidak rakyat rasa telah tertipu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kena tipu..hadam je la

      Delete
  4. Apa yg rakyat faham GST, SST atau apa2 saja jenis tax untuk barangan sudah tiada lagi selepas GE14, kalau mcm ni berbelit2 sah la dah kena tipu?

    ReplyDelete
  5. sorry to say, but majoriti rakyat terutama golongan muda memang bodow..akal pendek

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3