bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

14 Apr 2013

Mat Sabu - Video Seks Mungkin Sabotaj Dalaman

PENDANG 13 April - Pas tidak menolak kemungkinan penyebaran video seks yang didakwa mirip pemimpin tertinggi parti itu adalah berpunca daripada perbuatan sabotaj dalaman di kalangan pakatan pembangkang.Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, yang mendakwa belum menonton video itu kerana sibuk berkempen, akan membincangkan elemen sabotaj dalaman itu dalam masa terdekat.

"Saya tidak tahu tentang video ini dan belum tengok lagi kerana sibuk berkempen termasuk di Pendang ini dan di sini juga talian telefon bimbit tidak begitu baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Bukit Jenun di sini malam tadi.

Mat Sabu ditanya tentang penyebaran video lucah membabitkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di Internet sejak semalam.

Mat Sabu menegaskan, sama ada benar wujud unsur sabotaj atau tidak, akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Beliau juga yakin isu tersebut tidak akan menjejaskan kempen pakatan pembangkang untuk memastikan kemenangan calon-calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kita tetap fokus kepada pilihan raya," kata Mat Sabu sambil menambah tidak tahu menahu tentang video berkenaan. Sumber klik sini.


Komen Isac:

Sabotaj dalaman??? Gaya kenyataannya seolah2 perkara tersebut benar!!!

Terpulang kepada pembaca untuk menginterpertasi kenyataan Mat Sabu itu...

Tapi lain macam aje bunyinya...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3