bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Apr 2013

Mampukah Ketua Puteri Segamat Mempertahankan DUN Buloh Kasap???


Hajah Norshida binti Ibrahim bakal mempertahankan kerusi BN yang dahulunya dimenangi dengan majoriti 4466. Lawan beliau nanti adalah seorang peguam Firdaus Masod yang akan bertanding dalam PRU buat kali kedua atas tiket Pas.

Walaupun pertukaran ini baik, iaitu memberikan peluang kepada pemimpin pelapis apalagi  penyandang terdahulu iaitu Datuk Othman Jais telah tercalon dan mempertahankan DUN Buloh Kasap selama 5 penggal. Tetapi meletakkan seorang yang agak "mentah" untuk bertanding dengan Firdaus bukanlah suatu tugas yang mudah.




Walaupun majoriti kemenangan dalam PRU 12 agak tinggi, tetapi sokongan terhadap PR tidak boleh dipandang ringan apa lagi jika dilihatkan kepada ramainya pengunjung2 yang datang pada malam 14/4/2013 di mana TG Nik Aziz sepatutnya hadir dalam siri ceramah politik PR di Kg Abdullah, Segamat baru-baru ini. 



Jestru kepada jentera BN daripada 13 gabungan partinya perlulah bekerja lebih keras untuk mempastikan kemenangan calon BN ini. Kepada bakal YB muda Hajah Norshida binti Ibrahim, janganlah lupa kepada mereka yang menyokong anda apabila berjaya kelak.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3