bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Mar 2011

Sampel DNA Dari Lokap Anwar Ditolak!!! - Anwar Bakal Terlepas???

Mahkamah: Sampel DNA diambil secara tidak sah, ditolak sebagai bukti
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
March 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sampel DNA telah diambil secara tidak sah dari lokap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditahan satu malam pada Julai 2008, dan ia akan dikeluarkan daripada senarai bahan bukti kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Ini bermakna tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral serta sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada ketiga-tiga barang itu tidak boleh digunakan sebagai bukti terhadap Anwar.

“Saya memutuskan dalam kes ini, sampel-sampel DNA daripada tiga barang ini — tuala Good Morning, botol air dan berus gigi diambil menggunakan cara tidak sah daripada tertuduh . . . dan, dikeluarkan daripada sebahagian daripada bahan bukti,” kata beliau hari ini.

Beliau membuat keputusan itu di akhir perbicaraan dalam perbicaraan sama ada sampel DNA yang diambil daripada ketiga-tiga barang itu boleh diperoleh sebagai bukti.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Komen Isac;

Setahu penulis, mahkamah boleh meminta sampel DNA Anwar untuk dijadikan perbandingan dengan DNA dari air mani "Lelaki Y" yang dijumpai daripada dubur Saiful.

Yang pasti peguam-peguam tertuduh akan menggunakan apa sahaja muslihat untuk mengelak daripada memberikan sampel DNA Anwar.

Zahirnya pihak penuduh mestilah membuktikan kesalahan sitertuduh, dan sebaliknya pihak tertuduh tidak perlu membuktikan beliau tidak bersalah. Justeru jika tertuduh tidak rela memberikan sampel DNAnya maka, tertuduh bakal terlepas.

Mungkin pihak pendakwaraya perlu mengambil sampah-sampah yang keluar dari rumah DSAI juga air pembentungan dari rumahnya (mungkin ada bulu atau rambut tertuduh) untuk mendapatkan sampel DNA beliau. Secara lojiknya tertuduh tidak boleh melarang bukti-bukti yang diambil daripada bahan-bahan buangan yang beliau sendiri buang!!! Pihak polis dan pihak pendakwaraya wajar belajar dari siri televisyen  "CSI".











7 comments:

  1. Pendakwa Raya pasti ada Pelan B. Maknanya, jika barang-barang dari pusat tahanan itu ditolak oleh Hakim ada sampel lain yang boleh dijadikan bukti DNA serta diterima oleh mahkamah. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  2. dah ada bukti air mani dalam saiful pun bole gugur kes ke? takkan mahkamah tak bole arah tertuduh kasi dna. kalau camni punya logik, tak yah kalut buat dna la. anwar pun tak payah buang duit amik pakar luar.

    ReplyDelete
  3. Itu baru sebahagian saje bukti, banyak lagi bukti-bukti sahih yang boleh diterima oleh mahkamah. CIFUT BABI takut nak beri DNA kenapa? Berani kerana benar takut kerana salah, nak harap menang dari segi teknikal saje ....

    ReplyDelete
  4. Apa perlunya sampel DNA baru diperlukan? Bukankah profail DNA DSAI sudah ada sejak perbicaraan yang terdahulu- 98/99? Melainkan profail DNA lama tak boleh digunapakai. salman

    ReplyDelete
  5. Di harapkan tuan hakim akan memanggil Anuwar kehadapan untuk di ambil darah atau calitan dari lelangitnya dalam mahkamah oleh pasukan khas perubatan dan kimia.

    Ianya perlu di saksikan oleh orang yang layak.

    Keadilan terhadap Saiful juga harus di tegakkan.

    ReplyDelete
  6. Hakim mahu berlaku adil.Cara memperolihi bahan2 bukti dari lokap dianggap tidak adil kpd yg dituduh.
    Hakim telah membuat keputusan yg tepat berdasarkan rule of evidence.
    Walaupun bahan bukti berkenaan tidak sah tetapi DNA yg diperolihi dpd bahan berkenaan tidak diragui mencukupi bagi pendakwaan mendapatkan prima facie.
    Bila perbicaraan bermula nanti pendakwaan bolih memohon mahkamah mendapat DNA sampling yg dituduh.
    Hakim mahu memastikan tiada ruang bagi pihak pembelaan mempertikaikan perbicaraan dan keputusan Mahkamah nanti.

    ReplyDelete
  7. Persoalanya kenapa susah sangat nak beri bukti???kalau tak salah kenapa berceramah hanya 20 mint di kerdau.Kita tungguuuuuuuuuuuu dan sabarrrrrr.Yang busuk tetap akan berbau!!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3