bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Mar 2011

Berita Baik!!! Diskaun Saman Trafik Disambung Sehingga 5/3/2011!!!

Macam kebanyakkan rakyaat Malaysia, penulis pun jenis "last minutes" juga.... Jestru semalam taklah berkesempatan nak bayar saman tertunggak berdiskaun....

Semalam tu dah lah orang ramai..... Sistem pulak "hang".... Nasib baiklah... Kirim pada pembantu pejabat...Kalau tidak perpeluhlah ketiak...

Tapi bak kata orang tua-tua... Jikalau dah tertulis kat "Loh Mahfuz" rezeki tu kita punya, Insyallah "takkan lari gunung dikejar".

Hari ni aje 10 lagi saman penulis dah selesaikan.... Selak-selak rekod, rupanya dah dekat 50 saman penulis bayar sejak mendapat lesen memandu.

Sebelum 5 haribulan ni ada 10 lagi saman yang penulis nak kena bayar... Maklumlah selalu bekerja di luar kawasan dah tu pulak kereta syarikatpun asyik bertukar,  bila dah lama-lama... Terlupa atau buat-buat lupa... :))

Penulis berharap pihak polis trafik dan kerajaan dapat menguatkuasakan diskaun untuk saman-saman tertunggak ini secara berperingkat-peringkat. Yelah kalau kumpul saman selama 10 tahun, jika setahun ada 5 saman, 10 tahun dah 50 wooo !!! Mana nak cekau duit??? Kalau satu RM 300, 50 saman dah RM 15 ribu....

Kalau kaya tu ok lah jugak.... Kalau miskin, apa yang nak digadaikan?

Sebagai contohnya mungkin pihak polis trafik dan kerajaan boleh berikan peluang satu - tiga bulan untuk selesaikan saman-saman untuk tahun 2010 dan begitulah untuk tahun-tahun yang seterusnya...

Selain ianya sebagai suatu usaha untuk mendisiplinkan pengguna-pengguna jalanraya, dapat mengumpul dana untuk negara, kerajaan juga pastinya tidak mahu kelihatan zalim terutamanya bila PRU 13 tingal kurang dari tiga tahun sahaja lagi!!!

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3